Sesi Tanya Pakar Bersama Puan Mas, Confinement Consultant: Kepentingan Berpantang Selepas Bersalin

Hi Semua! Ada tak antara anda yang masih tidak pasti tentang berpantang? Adakah ia perkara yang diwajibkan atau hanya mitos semata? Perlukah ibu menjaga pantang dengan betul? Betulkah jika tidak pantang dengan betul, kita akan sakit bila sudah berumur? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang kepentingan berpantang selepas bersalin bersama Puan Mas (Market Researcher), Confinement Consultant pada 20 Julai 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Puan Mas, Confinement Consultant: Kepentingan Berpantang Selepas Bersalin
13 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Salam puan Mas, Sekadar perkongsian. Pendapat saya, perkataan "pantang" membebankan saya dlm tempoh selepas bersalin. Saya suka guna "pemulihan". Lebih seronok mendengar, membaca & menyebut "pemulihan ".

Baca lagi
2y ago

Waalaikumsalam.. Terima kasih atas soalan. Istilah berpantang ini lebih mudah difahami ramai. Tujuan berpantang sememangnya untuk pemulihan.