Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Livia Chow Huey Ling, Pantai Hospital Ayer Keroh

Hi Semua! Bila bercakap pasal vaksin bayi, mesti ramai yang ada pendapat masing-masing bukan? Ada juga ibu bapa yang takut untuk memberi vaksin kepada si comelkan? Tahukah anda kenapa bayi baru lahir perlu di vaksin? Anda pernah tak fikir tak apa akan terjadi jika kita tidak memberi vaksin? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda mengenai kepentingan vaksin pada bayi yang baru lahir bersama saya, Dr Livia Chow Huey Ling, Consultant Paeditrician & Neonatologist MBBS (IMU), MRCPCH (UK), Fellowship in Neonatology (Mal), Pantai Hospital Ayer Keroh pada 27 Oktober 2022, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus. --------------------------------------------------------------------- Ringkasan Sesi Tanya Pakar Mengenai Kepentingan Vaksin Bayi Baru Lahir Soalan 1: Adakah perlu untuk mengambil vaksin tambahan dari swasta yang tidak disediakan oleh kerajaan? Jawapan: Selain daripada vaksin dalam National Immunization Schedule Malaysia, ada juga vaksin yang hanya diberi di klinik atau hospital swasta. Memang digalakkan mendapat vaksin optional sebab vaksin optional boleh memberi perlindungan kepada penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin contohnya influenza, rotavirus, chickenpox dan lain lain. Soalan 2:Jika selepas divaksin timbul ruam pada bayi, adakah bayi alahan pada vaksin tersebut? Perlukah dibawa ke hospital untuk rawatan? Jawapan: Sekiranya timbul ruam selepas vaksin, lebih baik membawa anak ke klinik untuk diperiksa sama ada ruam Itu memang disebabkan oleh vaksin atau tidak. Pada masa yang sama doktor Boleh memeriksa sama ada anak ada tanda-tanda alahan yang lain seperti sesak nafas. Soalan 3: Apakah yang perlu dilakukan oleh ibu bapa jika terdapat kesan pada bayi selepas divaksin? Contohnya demam Jawapan: Sekiranya anak demam lepas vaksin, kalau demam tak tinggi, boleh pantau keadaan tanpa beri ubat demam. Tetapi, kalau demam sangat tinggi contohnya melebihi 38 celcius, boleh beri ubat demam. Biasanya demam akan surut dalam masa 24-48 jam. Pastikan anak minum macam biasa. Di sini kami kongsikan antara 3 soalan yang kerap menjadi tanda tanya kepada semua ibu bapa. Jika anda ingin tahu lebih lanjut, boleh baca komen di bawah :)

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Livia Chow Huey Ling,  Pantai Hospital Ayer Keroh
6 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

hi doc Livia sy mengalami demam tapi suhu tidak begitu tinggi Hari ini msuk Hari ke 3 sy berasa sakit di dada sebelah kanan jika ditekan Dan bergerak hendak bangun..perlu kah sy pergi ke klinik?

hi dr, anak saya baru masuk 2 bulan. demam .. suhu 37 38 . dr kata tk de ubat. balik kerap kn bg susu dan lap badan bayi dgn kain guna air sejuk. nie da masuk 3 hari. apa patut saya buat?

hai dr livia.. sekiranya demam selepas vaksin.. boleh ke terus beli syrup pcm di farmasi sahaja atau perlu bawa baby untuk diperiksa dr sebelum pemberian apa2 ubatan?

2y ago

okey... terima kasih atas penjelasan tanpa nama dan dr livia chow..

Super Mum

Hye Dr Livia, Sy ingin bertanya, perlukah bayi mengambil vaksin tambahan di klinik swasta yg x disediakan oleh kerajaan? Terima kasih ☺️

Baca lagi

Hai Dr Livia,jika selepas divaksin timbul ruam pada bayi,adakah bayi alahan pada vaksin tersebut?Perlukah dibawa ke hospital untuk rawatan?

2y ago

Terima kasih penjelasan DR

TapFluencer

Hai Dr Livia, Apakah yang perlu dilakukan oleh ibu bapa jika terdapat kesan pada bayi selepas divaksin? Contohnya demam

2y ago

Tq Dr