Minta Support & Kata Semangat, Please?

Hi semua! Takde nak tanya apape, cuma nak minta kata-kata semangat boleh? Saya 1st mom preggy. Skrg dah masuk 3rd trimester. Debar rasa, taklama dah nak beranak. Alhamdulillah, baby sihat dalam kandungan. Tapi, sbnrnya ada benda yg buat saya risau juga. Sejujurnya, emosi saya sgt tak stabil sepanjang pregnant ni. Boleh dikatakan hehari saya menangis. Sebab apa? Biarlah tersimpan. Apa yg boleh saya ckp, saya memang rasa sgt sunyi sepanjang hamil ni.. 😢 Saya tahu, baby dlm perut akan follow sedih kalau mak dia sedih. Tangisan akan effect pd baby. Itula yg merisaukan saya. Boleh sorok kesedihan dari semuaorang, tp dekat baby takboleh.. Dia tahu mak dia nangis. Kadang saya cuba jugak control taknak menangis, tp selalu gagal, berjurai jugak air mata ni. Saya rasa, saya sgt memerlukan support dan kata semangat. Selain solat & doa, taktahu dapatnya dari mana lagi. Support dari org sekeliling pun perlu juga sbnrnya. Suami mana? Ada, tapi... mcm takde 👀 Apapun, terimakasih sudi baca. Maaf kalau merumitkan. Saya minta kata semangat sikit boleh ya semua? 🌹 #pleasehelp #firstmom

18 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi dik, mmg 1st time preggy ni takutnya debarnya kuat sgt sbb kita 1st time preggy.. tp ketahuilah yang kita ni mampu hadap ape kesukaran sekali pun., jgn risau sgt, bykkan doa nabi yunus tu semoga dipermudahkn segala urusan awk . utk emosi yg up & down tu, kakak pn alami juga waktu sukar mase 1st preggy.. mcm2 dugaan yg dtg dlm mase serentak dan dlm mase tgh preggy pula.. tp bila dh kali ke-2 preggy kita belajar dr pengalaman lalu.. jadi nasihat akak kena cari kekuatan diri, syg diri kita ni, jgn harapkan org lain, buat ape yg awk suka buat, baca buku ke dan kalu kita down dgn kerumitan mslh kita lalui, ada org lain lagi teruk dr kita, jd dari situ timbullah rase syukur.. Allah sentiasa ada.. dan Dia beri awk utk rasa nikmat menjadi seorg ibu dan mendpt zuriat sendiri, kerana ramai di luar sana yg nak sgtkn baby tp belum ade rezeki.. keep positive, kekal semangat.. cayok!..

Baca lagi