Anak tiri

Hi semua.. sy just nak luahkan apa yg sy pendam selama ni. Sy ni baru je setahun kahwin & dkurniakan cahaya mata sulong,girl.. Sy kahwin dgn duda anak satu. Yg jd masalah buat saya ialah anak tiri saya tu seperti tak suka dengan saya. Dah Setahun lebih pon dia masih dgn dunia dia. And perkara yg membimbangkan sy ialah kata² hasutan/dengki dari mak kandung dia. Btw anak tiri sy org Sabah dia dtg sini sbb suami sy nak kan hak penjagaan anak dia drp bekas wife dia tu. Well macam² cara saya dah buat supaya anak tiri saya tu anggap saya ni mcm mak kandung dia spt borak,luahkan perasaan apa semua..tp sia² je. Bila bgtau suami kelakuan anak dia,suami cakap dia kat sana xde didikan n terperap je dlm bilik.. Ya Allah..sy rasa macam sabar jela. Kalau kita buka mulut pon itu je jawapan suami. Saya cuma berharap suatu hari nanti anak tiri saya bole terima sy seadanya mcm mana sy terima dia.. Kadang tu memang sy terasa dgn cara layanan dia bagi..yela sy ni bukan sapa² bg dia..hanya "makcik" shj.. Mohon pendapat korang pulak atau nasihat.

7 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

PS/ "sya org sabah " sya ada ibu tiri... mama sya meningal leps tu 2 bulan tu ddy bawa ibu dri kampung lain yg suda Lama di rahsiakan dri kami tapi aruwa mama tahu yg.. kami ada ibu tiri 3 org adik beradik tiri... so kesimpulanya kami tertekan buat jangka masa Yang agak Lama.. dari apa yg saya thu.. kami pun tidak suka ibu tiri ..cuma kami mungkin belum boleh atu blm mampu menerima org baru dgn hati yg terbuka ...kami mohon anda bnyk bersabaar sekiranya kami melawan atu bercakap kasar ..bukan niat kami untuk begitu dan bukan juga hasrat kami ...tp ..kami blum bersedia ..sekiranya suatu hari nanti kami telah matang dan memahami kami akn berubah sedikit demi sedikit trus lh bersangka baik ps/ kmi tidak duduk di rumah ja..kami ada juga ..pelajaran walapun sikit sebanyak ..

Baca lagi