Parents in law jaga anak

Hi semua sy nak kongsi sikit, anak sy sekarang dh 5 bulan.. anak sy dijaga oleh parents in law.. kehendak mereka sendiri utk jaga cucu.. sy dan suami bekerja.. ada certain part sy kurang setuju dan tak senang tgok anak sy dijaga. Cthnya ayah mertua sy sudah berkali sy tgok duduk dihadapan tv angkat baby tengok tv.. rosakla mata anak sy kalau selalu mcmtu, tu dideoan sy. Kalau waktu sy kerja macam mana pula.. kedua ayah mertua sy pukul 10 lebih panas2 bawa anak sy keluar jalan2 sekitar rumah. Sy tak selesa cara mcm tu. Ada sekali sy suruh suami sy tegur diorg kata sy complain. Suami sy berandaian nanti apa pula diorg ckp sebab tak kena shj. Tp bukan sengaja sy ckp benda tak faedah. Kenapa sy perlu serba salah bila sy nak yg terbaik utk anak sy. Sy sedar sy cuma menantu sbbtu sy suruh suami sy yg bgthu. Tp dia mcm serba slh. Tp kalau belah ibubapa sy, sy tak ada masalah pun nk menegur malah mak sy sendiri lebih peka dgn benda mcmtu.. kdg sy terpaksa biar ayah mertua sy angkat anak sy depan2 tv sebab nak menegur tu susah. Hmm

20 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Maaf kalau puan bukan beragama islam.. tapi kalau ya, dalam islam pun banyak memperkatakan hal sebegini dimana tidak bagus dan boleh jatuh berdosa besar jika biarkan ibubapa/ibubapa mertua mengambil tugas jaga anak kita.. tidak kisah lah mereka yg rela sendiri dan minta untuk jaga ataupun apatah lagi kalau kita sendiri yg minta tolong dan serah tugas tersebut.. banyak ustaz/ustazah yg memperkatakan tentang hal ini (boleh buat pencarian di youtube dan google untuk article yg berkaitan). sebab itu kalau dah dalam islam kata tidak bagus sesuatu perkara tu maka ia mendatangkan kesan yg tidak baik juga seperti kes puan ni.. maka terjadi lah isu2 seperti tidak puas hati, terasa, dan sebagainya yg boleh menjejaskan hubungan dengan keluarga (tidak kisah la keluarga sendiri atau keluarga mertua kerana bila berkahwin sama sahaja pangkatnya). malah boleh menjejaskan hubungan puan dengan suami.. seeloknya, carilah alternatif lain utk hal ini.. hantarlah anak ke taska atau upah orang lain jaga.. puan dan suami berkerja seperti yang diperkatakan.. cuba la usaha untuk memperuntukkan bajet bagi bayaran taska dan sebagainya.. kan lebih mudah sebegitu sebab x de masalah utk puan menegur atau ingin taska/org yg jaga anak puan tu jaga dia mengikut apa yang puan mahukan.. sepatutnya hal penjagaan anak sewaktu kita berkerja ni dah dibincangkan dan dicari sewaktu pregnant lagi dan serah pada ibubapa/ibubapa mertua untuk jaga tidak sepatutnya dijadikan sebagai salah satu pilihan.. cukup lah mereka dah jaga anak2 mereka dahulu.. apa2 pun, moga puan berjumpa penyelesaian yang terbaik yg berlandaskan agama dan yang tidak menjejaskan hubungan kekeluargaan puan.. maaf jika ap yg saya kongsikan ini adalah salah.. yg baik dari tuhan yg tidak baik datang dari ketidak sempurnaan sy..

Baca lagi
3y ago

berkenaan dgn link video atau article, seems like dah ada org share kan.. can refer to that one since i would share the similar one.. if search di youtube and google pn banyak sgt video dan article yg berkenaan hal ini.. boleh usaha cari, baca dan nilai sendiri jika inginkan yg terbaik.. InsyaAllah.. setiap masalah ad penyelesaianye~~