Sedih dan buntu

Hi semua. Sy buntu dan nak tanya pendapat. Sy bru berkahwin 6 bulan, dan sekarang tgh pregnant anak first 10 minggu. Suami sy seorang panas baran, dia normal ketika kami tidak bergaduh/bertengkar tp setiap kali baran dia dtg sy seolah2 tak kenal siapa dia. sy dipukul semasa 9 minggu pregnant. Sekarang sy tidak tinggal bersama suami sy balik ke rumah parents. Apa patut sy lakukan adakah sy patut bertahan demi anak yg dikandung ni atau tuntut cerai di mahkamah? Ikutkan hati, sy dah taknak teruskan hubungan ni tp fikirkan anak yg dikandung ni jd berbelah bahagi. Ini bukan pertama kali saya dipukul. Sy selalu beri dia peluang setiap kali dia merayu pd sy. Sekarang sy dah tak tahan lagi hidup mcm ni. Adakah cara lain selain bercerai? atau tinggal berasingan walaupun tidak bercerai? sy takut n trauma utk tinggal bersama suami tp x dinafikan ada juga kebaikan pd diri dia cuma dia seorang yg baran. Sy betul2 buntu dan susah utk buat keputusan. Niat sy berkongsi masalah sy utk tanya pendapat semua.

22 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi puan. Sy nak kongsi pengalaman sy masa mula2 kahwin dulu. Sy pon pernah alami mcm sis alami. Awal perkahwinan kami sangat teruk sy pon pernah dipukul,sepak terajang masa dulu dan time tu pon sy tgh mengandung ank first sama mcm puan . Sy pnh jatuh tangga sbb dia tp dgn kuasa Allah sy tak mngalami sebarang pendarahan or keguguran langsung. Sy pon pnh trauma pnh rse fed up dgn perkahwinan sy tp fikirkan baby dlm kandungan sy mcm2 dia buat tp baby masih ada dgn sy. Kisah sy lebih kurang sama dgn puan suami panas baran bila baran dia dtg sy seolah2 tak kenal dia. Tp bezanya sy tetap bersama dia tak tinggal dgn kluarga. Sy mmg tak suka libatkan org lain dlm mslah rumahtangga kami sbb sy tahu bila ada yg masuk campur cerai jela jln yg akn mereka bg. Bila sy fikir balik mungkin sbb tu berpunca dr sy, sy buat dia marah sampai dia hilang kawalan. Hari demi hari sy semakin belajar mngenali dia. Dia tak lah teruk mana cuma jgn buat dia marah. Bila dia api sy akn cuba jd air wlaupun susah . Sblm ni sy pon jd api tulah silap sy. Yela bila org marah2 sy pon rse nk marah jgk tp sbnrnye tak boleh la mcm ape2 pon dia suami kne patuh selagi dia tak suruh kita buat bukan2. Perkahwinan ni betul2 mematangkan sy. Sy cuba buat dia tak marah. Alhamdulilah ank pertama sy dah 3 tahun dan skrg tgh pregnant ank kedua dah . Alhamdulilah, Suami jd sngt penyayang tak pnh pukul2 lg ank pon sngt manja dgn suami. Kadang ada jgk suami marah tp alhamdulilah boleh kawal la, biasa la gaduh2 manja lidah lg kan tergigit inikn pula suami isteri kan . Pendapat sy la puan kne bnyk bersabar. Cuba perbaiki diri dulu. Puan fikir kenapa puan nk kahwin dgn dia? Apa kelebihan yg dia ada sampaikan puan setuju nak hidup bersama dia? . Itulah yg sy buat sy fikir dia pilihan sy , sy kahwin ats dasar suka sama suka takde paksaan dr spe2 pon. Sy kne terima dia seadanye. Sy fikir jgk takkan la sy dgn dia susah payah cari duit sama2 sbb nk hidup bersama tp bila dah kahwin tak sampai setahun dah bercerai. Sy cuba fikir positif bnykkan fikir kebaikan dia buat lg bnyk dr keburukan. Tu jela sy boleh kongsi pengalaman sy. Harap dapat membantu puan ye. Semoga puan dan baby baik2 saja. Semoga ank tu boleh jd pengikat kebahagian korg . InsyaAllah . Aminn 🥰

Baca lagi
5y ago

Salam..bg sy..perbaiki hubungan kta dgn Yg maha Esa,InsyaAllah dia akan perbaiki hubungan kta dgn makhlukNya.

Hai maaf, apa yang awak cerita sama dengan cerita saya baru ja khawin dan dapat tahu mengandung 4 bulan, macam macam yang jadi suami pun naik tangan pada saya semasa kandungan 4 bulan curang dengan saya masa kandungan 4 bulan juga,dia pun pernah acu pisau pada saya, dan ugut akan gugurkan kandungan ni kalau saya berpisah dengan dia,sedangkan kami baru khawin, saya sedih dan takut sangat masa tu risaukan kandungan dan itu bukan kali pertama dia naik tangan pada saya, dan saya memikirkan masa depan saya dan anak, dan saya ambil keputusan untuk berpisah dan berpindah ketempat lain tanpa memberitahu dia kemana saya akan berpindah atas sebab saya nak lupakan semua yang jadi dan saya berazam akan mulakan hidup baru bersama anak yang bakal lahir ini, sekarang 35 minggu,saya pun cuma kongsikan kisah saya sahaja, keputusan pun di tangan awak dan awak sahaja yang tahu apa yang berlaku di dalam rumah awak,dan awak sahaja yang tahu diri awak masih mampu bertahan dengan apa yang berlaku atau pun tidak,saya doakan awak buat keputusan yang betul buat solat istikharah :)

Baca lagi

hi puan..bagi saya awak kena bertahan utk suami awak..sejahat mcm mna pn dia awk kna sabar..saya pun ada suami yg panas baran..saya pn pernah mengalami mcm awk..awak kena sabar..sbb Allah tu maha Adil..Alhamdulillah berkat kesabaran saya utk pertahankan anak n perkahwinan saya..Allah bagi kebahagiaan dlm keluarga saya..cara senang nak bertahan ialah awak kena sabar dgn perangai dia..bila dia marah awak diam je..tp klau dia tnya awk kna jawap..sbb dia awk kna ingat..tu suami awak..sekarang syurga kat bawah kaki dia..Allah xkn bagi ujian ni kalau awk xmampu..sekali sekala bila suami awak hilang kawalan awk blh ddk kt rmh fmily awk..biar dia tau apa itu rindu..insha Allah kalau anak awk lahir nnti dia akan berubah..mungkin xsepenuhnya..tp baran dia akan berkurang juga..awk kena sabar n berdoa bnyk²..insha Allah dipermudahkan

Baca lagi
5y ago

kalau sebaliknya pun kna sabar sbb hati wanita bila mengandung ni sensetif gilerr..dia xblh kawal emosi.. tips utk suami yg ada isteri panas baran bila mengandung -sabar banyak -berdoa supaya hati isteri sentiasa tenang -ikut je apa dia nak -beri perhatian yg cukup -bila dia marah jgn balas dgn suara tinggi.biar je dia marah bila dia dah tenang baru bincangkan balik.sbb bila api berjumpa ngn api,takkan ada penyelesaian -banyakkan minta maaf walaupun bkn salah diri sndiri#bnykkan mengalah

Hi sis, saya pernah ada masalah macam sis ,tapi sebelum saya berkahwin dengan suami dia memang panas baran, kaki pukul saya dan suka hempas² barang terutama sekali hp . Tapi apa nasihat saya disini, kalau sayang dan nak suami sis berubah. Rajin berdoa, ajak suami sis kembali pada jalan yang benar, tegur dia selalu, sedarkan dia apa yang dibuat ini salah. Saya tak pernah beritahu pada keluarga saya. Walaupun kadang² saya tak tahan. Tapi, percayalah kuasa Allahswt itu lebih besar . Sabar dan sabar lagi, sentiasa perbaiki diri juga. Dan alhamdulillah suami saya kini menjadi suami yang sah dan sekrang saya mengandung 7 bulan. Suami dah berubah dan menjadi sangat sangat penyanyang malah lemah lembut ketika berbicara . Saya doakan sis dapat atasi masalah dan bertahan dengan sikap suami sis.

Baca lagi

Kenapa kawin dengan dia kalau dia baran ... masa kawin dulu tk tahu ke dia panas baran.. Kalau memukul wanita tu dia bukan lelaki yg baik... sepatutnya puan harus di belai d manjai di sayangi tmbh2 lagi prganant... Next time klau dia naik tangan terus je buat report polis.. penderaaan namanya ni.. dia tk boleh kawal panas baran dia esok2 bila dia pukul lagi menyebabkan kecederaan atau kematian... sapa yg susah..sek 324,325... akta jenayah yg d lakukan.. Jenayah namanya ni.. Puan harus buat report polis untuk minta perlindungan..dan jgn tinggal bersama suami duduk dengan family.. tk perlu kasian kat dia .... baby sulong kan.. kalau betul2 tk tahan ge selasaikn hal tersebut tk perlu tunggu lama...

Baca lagi

Maaf ckp, sy risau suami sis ada masalah narcissistic disorder. Sy simpulkan ciri2 individu yg ada masalah ni seperti, dia suka pukul isteri, lepas tu mintak maaf nangis2 kt isteri .die menyesal n janji x kan ulang lagi. Kemudian dia ulang n ulang lagi. Masih pukul masih mengamuk Kalau sis sendiri mmg x de hati utk teruskan hubungan ini, sebaiknya sis berbincang bersama keluarga sis, mintak pendapat. Kalau sis rasa keluarga tdak dpt membantu, sy mohon sis ke pejabat agama utk mohon bantuan dari sana. Smoga urusan sis dipermudahkan Allah swt n sentiasa kuat . Yang terpenting disini adalah keselamatan sis n anak.

Baca lagi
5y ago

ya betul apa yg sis ckp dia mungkin ada penyakit ni, sbb setiap kali lps dia pukul dia akan merayu, serbasalah dan mntk maaf. terima kasih atas doa dan pendapat.

Dptkn nasihat saksi, orang yg bijak n bkn jnks batu api or memenangkn satu pihak(laki or pmpuan). Tbh, if xde org mcm tu...seek professional help...marriage counselor for eg. Ad merit tuk bertahan demi anak, tp kne igt anak mne akn ske tgk ibu dy dipukul ble mood ayah x baik. And please take care of urself as well. What's best for u, will also be what's best for ur baby. Your family needs to understand this more than anything else. Personally, I x rse ad parents yg sggup br ank perempuan dy sdri yg dibesarkn dr kcik smpi ke bsr, kne mrh, herdik ni lg2 kne pkul.

Baca lagi
5y ago

terima kasih atas pendapat

hopefully sis kuat yer... saya pernah ade dlm situasi sis... kekuatan saya adalah anak²... Alhamdulillah semakin meningkat usia n kematangan, baran die berkurang... kunci die, banyak berdoa... Allah tau tahap mane kemampuan kite... skrg pun, anak dah ramai, lagi bertambah penyayang org nye... ape² pun, saya turut berduka cita akan nasib sis, saya doakan sis jumpe jalan penyelesaian yg x membuat sis menyesal esok... semoga Allah temukan sis jalan yg terbaik...🤲🏻

Baca lagi

Saya tak mampu nak cakap apa2 , saya sedih je kalau dengar ada suami yang pukul isteri . Minta pendapat dan nasihat keluarga terlebih dahulu dan kemudian rujuk lah ke pejabat agama . Sebab menyakiti tubuh badan isteri ada tertulis dalam taklik yg dibaca oleh suami semasa selesai akad nikah . Semoga puan kuat dan tabah hadapi segalanya . Semoga baby sihat . Aamiin ya Allah 😭 . Hugggg you ,💕😭

Baca lagi
5y ago

terima kasih sis 💕

berdasarkan apa yg sis ckp,mgkin suami sis ada ambik bnda terlarang..sbb sy ada pngalaman hdup dgn org mcm ni,masa dia elok,mmg dia baik sgt2..tp masa dia baran,mmg slalu kna pukul..dia akn baran bila kesan dadah yg dia ambik tu dh hbis..dan org mcm ni mmg pndai pujuk rayu..nasihat sy,sila tgglkan suami mcm ni sbb mmg dia xkn brubah..ni berdasarkan pngalaman sy sndiri ya sis..

Baca lagi