Sedih dan buntu

Hi semua. Sy buntu dan nak tanya pendapat. Sy bru berkahwin 6 bulan, dan sekarang tgh pregnant anak first 10 minggu. Suami sy seorang panas baran, dia normal ketika kami tidak bergaduh/bertengkar tp setiap kali baran dia dtg sy seolah2 tak kenal siapa dia. sy dipukul semasa 9 minggu pregnant. Sekarang sy tidak tinggal bersama suami sy balik ke rumah parents. Apa patut sy lakukan adakah sy patut bertahan demi anak yg dikandung ni atau tuntut cerai di mahkamah? Ikutkan hati, sy dah taknak teruskan hubungan ni tp fikirkan anak yg dikandung ni jd berbelah bahagi. Ini bukan pertama kali saya dipukul. Sy selalu beri dia peluang setiap kali dia merayu pd sy. Sekarang sy dah tak tahan lagi hidup mcm ni. Adakah cara lain selain bercerai? atau tinggal berasingan walaupun tidak bercerai? sy takut n trauma utk tinggal bersama suami tp x dinafikan ada juga kebaikan pd diri dia cuma dia seorang yg baran. Sy betul2 buntu dan susah utk buat keputusan. Niat sy berkongsi masalah sy utk tanya pendapat semua.

22 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya tak mampu nak cakap apa2 , saya sedih je kalau dengar ada suami yang pukul isteri . Minta pendapat dan nasihat keluarga terlebih dahulu dan kemudian rujuk lah ke pejabat agama . Sebab menyakiti tubuh badan isteri ada tertulis dalam taklik yg dibaca oleh suami semasa selesai akad nikah . Semoga puan kuat dan tabah hadapi segalanya . Semoga baby sihat . Aamiin ya Allah 😭 . Hugggg you ,💕😭

Baca lagi
6y ago

terima kasih sis 💕