Bercerai ketika hamil

Sy dgn suami nak bercerai sebab kami mmg xde sefahaman lagi . Persoalannya sy tgh mengandung . Kalau dia dah lafazkan cerai , talak akan jatuh semasa sy melahirkan kan ? Perlu ke kami tinggal berasingan semasa sy mengandung ni sementara tunggu sy melahirkan ?

18 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Sama kes dengan sy. Cumanya suami yg jatuhkan talak tanpa sy minta. Punca sebab mak mentua sy tanya dia pasal bila nak stop main bola je, jadi melarat sampai sebabkan perceraian. Sy pula masa dijatuhkan talak pada sy tu, langsung sy x tahu tengah mengandung dengan usia kandungan dah 5w (ikut tarikh lmp). Terpaksa redha n terima je laa hakikat yg sy x boleh nak bersama dengan suami balik even thought sebab anak dalam kandungan ni. Dah x boleh nak bincang apa pun. Kalau masih boleh bincang untuk kebaikan anak dalam kandungan, better bincang elok² dulu. Melainkan kalau awak rasa memang dah x boleh bincang n dah x ada jalan lain yg lebih baik selain dari berpisah, then keputusan ditangan awak n pasangan.

Baca lagi
2y ago

Mcm kenal je 😂 hai langling

sama la sy dgn suami pn dah tak sefahaman. dia tak ambil tau langsung psl sy dgn anak dalam perut. sekarang ni sy tinggal dgn family sy demi jaga kesihatan baby dan mental sy. kesian anak kalau kita stress² nti anak serap emosi kita. sekarang ni sy dlm proses tuntut fasakh di mahkamah sbb suami taknak ceraikan sy kalau suami lafaz cerai ketika isteri hamil jatuh talaknya tp tempoh iddah habis bila bersalin nanti. bg sy perlu tinggal asing demi jaga kesihatan mental diri dan tumbesaran baby. alang2 bg ruang tuk masing² pikir masak² nk rujuk ke tidak. kalau suami masih tunjuk dia peduli, maybe ada harapan. kalau dia abaikan mmg tak peduli langsung psl awk dan baby, get ready to redha and move on. semoga dipermudahkan urusan awk sis

Baca lagi
2y ago

Sabar ya sis. Kisah kita hampir sama, cumanya dalam cerita sy dia yg menjatuhkan talak. Bila dah pergi ke mahkamah buat laporan, dia pulak tak datang. Nafkah tak ada diberi lepas dia lafaz talak haritu, usahkan nak kata dia nak ambil kisah pasal sy atau anak dari benih dia yg tengah membesar saban hari dalam rahim sy ni.

Dalam tempoh iddah ni still boleh tinggal sebumbung kalau talak satu sbb masih boleh rujuk bila² masa selagi belum habis iddah. Mana tahu dlm tempoh iddah ni boleh berbincang, ada sefahaman dan boleh berbaik semula. Hati manusia ni Allah yg pegang dan sentiasa berbolak balik. Banyakkan berdoa, minta Allah tunjukkan jalan yg terbaik utk sis dan suami.

Baca lagi

Kalau die dah lafaz cerai waktu sekarang (tgh mengandung), waktu sekarang nie la dah sah cerai. Bukan semasa awak melahirkan nnt. Melainkan suami ada lafaz 'aku ceraikan kau bila lahir saja baby nie'. Maka, cerai tu sah bila awak melahirkan nnt. Nk fhm, rujuk pejabat agama yea awak.

Awk akan jatuh talak bila dia lafaz. Cuma eddah awk je habis tggu awk bersalin nti. Byk masa utk awk & suami fikir masak2 utk rujuk. Suami masih wajib ye beri nafkah mkn & tempat tinggal hingga habis eddah. Tp kalau memudaratkan, awk boleh tinggal berasingan. Semoga dipermudahkan 😢

1. Talak jatuh saat dia melafazkannya. 2. Iddah habis ketika puan bersalin. Sepanjang Iddah (iaitu ketika mengandung), puan perlu tahu apa yg perlu dan tidak. Rujuk pejabat agama ya puan. Satu lahi Sbb lafaz Talak luar mahkamah tu. Semoga dipermudahkan segalanya.

Baca lagi

Hi dear, dalam kes you talak yg dilafazkan telah jatuh.. Cuma tempoh iddah sampai baby dilahirkan... Lebih baik pegi ke pej. kadi... Satu kesalahan kalau lafaz luar mahkamah...you and husband kena pi mahkamah 7 hari lepas lafaz... Be strong dear...

dah jatuh talak kalau die lafazkan mse awak tgh mengandung, dan waktu eddah awak adalah sehingga bersalin nnt.. fhm ke? bkn mse awk brsalin nnt bru jtuh talak slh tu.. pegi pjbt agama bertanya pd tmpt yg sepatutnya lg bgs..

Mngikut dri ulama kata ,semasa mngdung tk jatuh talak , jika berkeras juga nk cerai , yg prtama Allah murka pekara tu dan kedua cerai dlm mngdung ni trmsuk bidaah

2y ago

Lafaz talak ketika hamil tetap jatuh talaknya dan iddahnya habis sebaik sahaja si isteri melahirkan. sebagai contoh suami lafaz talak pada isteri. tup tup esok isteri bersalin. ha masa ni takboleh rujuk melainkan dengan akad nikah yang baru ataupun kalau isteri tu nak kahwin lain terus pun boleh. apapun lafaz cerai ketika isteri yang sedang hamil tetap jatuh. tu sahaja nak bagitahu. no such thing ada so called ulamak kata tak jatuh talak melainkan dia dulu ponteng kelas.

Fikir la masak2 dulu sis , jangan bercerai sis kesian sis . Tk sehaluan ke sis buat je tgung jwb sis dan bykkan sabar . Doa byk2 ya