Sedih dan buntu

Hi semua. Sy buntu dan nak tanya pendapat. Sy bru berkahwin 6 bulan, dan sekarang tgh pregnant anak first 10 minggu. Suami sy seorang panas baran, dia normal ketika kami tidak bergaduh/bertengkar tp setiap kali baran dia dtg sy seolah2 tak kenal siapa dia. sy dipukul semasa 9 minggu pregnant. Sekarang sy tidak tinggal bersama suami sy balik ke rumah parents. Apa patut sy lakukan adakah sy patut bertahan demi anak yg dikandung ni atau tuntut cerai di mahkamah? Ikutkan hati, sy dah taknak teruskan hubungan ni tp fikirkan anak yg dikandung ni jd berbelah bahagi. Ini bukan pertama kali saya dipukul. Sy selalu beri dia peluang setiap kali dia merayu pd sy. Sekarang sy dah tak tahan lagi hidup mcm ni. Adakah cara lain selain bercerai? atau tinggal berasingan walaupun tidak bercerai? sy takut n trauma utk tinggal bersama suami tp x dinafikan ada juga kebaikan pd diri dia cuma dia seorang yg baran. Sy betul2 buntu dan susah utk buat keputusan. Niat sy berkongsi masalah sy utk tanya pendapat semua.

22 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi sis, saya pernah ada masalah macam sis ,tapi sebelum saya berkahwin dengan suami dia memang panas baran, kaki pukul saya dan suka hempas² barang terutama sekali hp . Tapi apa nasihat saya disini, kalau sayang dan nak suami sis berubah. Rajin berdoa, ajak suami sis kembali pada jalan yang benar, tegur dia selalu, sedarkan dia apa yang dibuat ini salah. Saya tak pernah beritahu pada keluarga saya. Walaupun kadang² saya tak tahan. Tapi, percayalah kuasa Allahswt itu lebih besar . Sabar dan sabar lagi, sentiasa perbaiki diri juga. Dan alhamdulillah suami saya kini menjadi suami yang sah dan sekrang saya mengandung 7 bulan. Suami dah berubah dan menjadi sangat sangat penyanyang malah lemah lembut ketika berbicara . Saya doakan sis dapat atasi masalah dan bertahan dengan sikap suami sis.

Baca lagi