Sedih dan buntu

Hi semua. Sy buntu dan nak tanya pendapat. Sy bru berkahwin 6 bulan, dan sekarang tgh pregnant anak first 10 minggu. Suami sy seorang panas baran, dia normal ketika kami tidak bergaduh/bertengkar tp setiap kali baran dia dtg sy seolah2 tak kenal siapa dia. sy dipukul semasa 9 minggu pregnant. Sekarang sy tidak tinggal bersama suami sy balik ke rumah parents. Apa patut sy lakukan adakah sy patut bertahan demi anak yg dikandung ni atau tuntut cerai di mahkamah? Ikutkan hati, sy dah taknak teruskan hubungan ni tp fikirkan anak yg dikandung ni jd berbelah bahagi. Ini bukan pertama kali saya dipukul. Sy selalu beri dia peluang setiap kali dia merayu pd sy. Sekarang sy dah tak tahan lagi hidup mcm ni. Adakah cara lain selain bercerai? atau tinggal berasingan walaupun tidak bercerai? sy takut n trauma utk tinggal bersama suami tp x dinafikan ada juga kebaikan pd diri dia cuma dia seorang yg baran. Sy betul2 buntu dan susah utk buat keputusan. Niat sy berkongsi masalah sy utk tanya pendapat semua.

22 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hai maaf, apa yang awak cerita sama dengan cerita saya baru ja khawin dan dapat tahu mengandung 4 bulan, macam macam yang jadi suami pun naik tangan pada saya semasa kandungan 4 bulan curang dengan saya masa kandungan 4 bulan juga,dia pun pernah acu pisau pada saya, dan ugut akan gugurkan kandungan ni kalau saya berpisah dengan dia,sedangkan kami baru khawin, saya sedih dan takut sangat masa tu risaukan kandungan dan itu bukan kali pertama dia naik tangan pada saya, dan saya memikirkan masa depan saya dan anak, dan saya ambil keputusan untuk berpisah dan berpindah ketempat lain tanpa memberitahu dia kemana saya akan berpindah atas sebab saya nak lupakan semua yang jadi dan saya berazam akan mulakan hidup baru bersama anak yang bakal lahir ini, sekarang 35 minggu,saya pun cuma kongsikan kisah saya sahaja, keputusan pun di tangan awak dan awak sahaja yang tahu apa yang berlaku di dalam rumah awak,dan awak sahaja yang tahu diri awak masih mampu bertahan dengan apa yang berlaku atau pun tidak,saya doakan awak buat keputusan yang betul buat solat istikharah :)

Baca lagi