Kerap Muntah & Badan Berangin
Hi semua. Saya mengandung anak first. Sekarang dah nak masuk minggu ke 12. Tapi dah sebulan lebih saya asyik muntah muntah lepas makan. Dalam sehari mesti akan muntah lebih dari sekali. Tak kisah lah makan apa pun mesti akan rasa loya and muntah. Kadang tu kalau tengok makanan pun boleh jadi nak muntah 😞 Lagi satu angin dalam badan saya pun banyak sangat sampai selalu sakit kepala and perut. Macam mana ye nak bagi kurang sikit angin dalam badan ni and nak kawal muntah tu after makan sebab lepas muntah je confirm badan saya lembik. Ada tips tak? Thank you 🥰😊
❤️Amma to chellama❤️ Insta: sharvena.prabaharan