Cereal
Semalam singgah mini market. Cari makanan kucing. Tengok seorang ibu beriya ambil cereal. Suka betul nampak muka. . Maklumlah barang tengah sales. Dia angkut sampai 4 kotak. Saya tengok sayu saja. Sebab apa? . Dalam cereal ni ada: 1. Butylhydroxytoluene (BHT). Diletak untuk elakkan lemau atau cepat masuk angin. Sebab tu rangup jer. 2. Perfluorooctanoic acid (PFOA). Bahan ni ada dalam kuali non stick dan kosmetik. 3. Tributyltin (TBT). Bahan ni ada dalam cat. Bahan-bahan ni ganggu hormon kenyang iaitu leptin. Jadi bila makan tak kenyang jadinya. Asyik nak makan saja. Atau makan berulang ulang. . Yang untung ialah pengeluar. Yang malang ialah anak sendiri. Membesar dan jadi obes. . Lepas ni bila nak beli, cuba tengok senarai kandungan di belakang kotak. Ada 3 makhluk ganggu hormon ni. Kalau ada kirim salam sama dia. FB Dr Rizal Abu Bakar