Masa scan kandungan yang sesuai by Dr. Imelda Balchin
Semalam saya tunjuk kepada anda semua kehamilan yang hampir 12 minggu, dimana kantungnya sudah besar tetapi kosong tiada janin, iaitu anembryonic pregnancy atau blighted ovum. Kali ini, saya nak tunjuk gambar kehamilan dimana wanita hamil ini baru saja perasan haidnya beberapa hari lambat, dan baru saja buat urine pregnancy test. Wanita ini tersangat gembira sebab pregnancy testnya positive, selepas mencuba untuk hamil beberapa tahun, dan terus datang ke klinik minta scan. Doktor muda yang bertugas tu pun buatlah scan, dan kemudian rujuk kepada saya sebab kantung itu kosong. Lihatlah perbezaannya saiz kantung kosong dalam gambar semalam (hampir 12 minggu) dan saiz kantung kosong saya tunjuk di sini (usia kehamilan belum sampai 5 minggu dari tarikh haid terakhir). Soalan saya yang pertama kepada doktor muda ni: Hang pi buat scan awai-awai sangat pasai apa????? 1) Adakah wanita ini mengadu ada pendarahan semasa hamil? Tidak. 2) Adakah wanita ini mengadu ada kesakitan di bahagian abdomen atau abdominal pain? Tidak. 3) Adakah wanita ini pernah mendapat kehamilan di luar rahim atau ectopic pregnancy dimana risikonya berulang lebih tinggi? Tidak. 4) Adakah wanita ini terhamil walaupun ada alat merancang keluarga di dalam rahim iaitu IUCD? Tidak. 5) Adakah wanita ini terhamil walaupun pernah diikat iaitu pernah mendapat BTL dan sekarang ada risiko mendapat kehamilan di luar rahim atau ectopic pregnancy? Tidak. Kita ada garispanduan. Jika kantung itu masih kecil dan tiada janin, ini sebab kehamilannya yang belum lagi mencapai 5-6 minggu. Tunggu dulu dan scan semula lagi 2 minggu, dan lihat sudah ada janin atau tidak? Jangan kata ini anembryonic pregnancy atau blighted ovum sehingga lagi 2 minggu jika masih lagi tiada janin. Kadang-kadang wanita itu yang tidak ingat tarikh haidnya yang terakhir dan sangka sudah 6 minggu tetapi dia tersilap. Kadang-kadang wanita itu haidnya tidak teratur, maka ovulasi serta persenyawaan berlaku lebih lambat dari dijangka maka dia sangka sudah 6 minggu tetapi sebenarnya baru 4 minggu. Sebab itulah saya selalu bagi nasihat, jangan gatai sangat tergedik-gedik nak minta scan awal tanpa sebab. Bila jumpa kantung kosong nanti bimbang tak boleh tidur sampai 2 minggu. Tak pasai-pasai saja bagi diri sendiri STRESS. Jika wanita ini berjumpa saya dulu, saya tidak akan scan tanpa sebab dan suruh dia pulang ke rumah. Inilah cara mengelak stress kepada wanita kita. Doktor muda tu pun belajar dari pengalaman ini dan belajar bahawa kita boleh menolak permintaan pesakit itu untuk kebaikan pesakit, dan beri penjelasan. Ingat tau hangpa semua, toksah laaa tergedik-gedik sangat nak mai mintak scan awal-awal tanpa sebab. Tunggu dulu naaaa. Kaedah mengenalpasti anda mengandung ialah dengan ujian kehamilan dari air kencing, bukan dari ultrasound scan. Jika anda tiada masalah 1-5 seperti yang saya sebut di atas, masa terbaik untuk mendapatkan ultrasound scan pertama anda ialah di antara 11 hingga 14 minggu kehamilan. Jangan terlalu awal dan jangan terlalu lambat. Confirmation of a pregnancy is when you have missed a period and have a positive urine pregnancy test. That is how we confirm a pregnancy. Not by ultrasound scan. If you have no problem like bleeding or pain, and you do not have increased risk for ectopic pregnancy, the best time to have your first scan is between 11-14 weeks pregnant.