DR IMELDA

Nota from Dr Imelda.. ■■ Semalam saya tunjuk kepada anda semua kehamilan yang hampir 12 minggu, dimana kantungnya sudah besar tetapi kosong tiada janin, iaitu anembryonic pregnancy atau blighted ovum. Kali ini, saya nak tunjuk gambar kehamilan dimana wanita hamil ini baru saja perasan haidnya beberapa hari lambat, dan baru saja buat urine pregnancy test. Wanita ini tersangat gembira sebab pregnancy testnya positive, selepas mencuba untuk hamil beberapa tahun, dan terus datang ke klinik minta scan. Doktor muda yang bertugas tu pun buatlah scan, dan kemudian rujuk kepada saya sebab kantung itu kosong. Lihatlah perbezaannya saiz kantung kosong dalam gambar semalam (hampir 12 minggu) dan saiz kantung kosong saya tunjuk di sini (usia kehamilan belum sampai 5 minggu dari tarikh haid terakhir). Soalan saya yang pertama kepada doktor muda ni: Hang pi buat scan awai-awai sangat pasai apa????? 1) Adakah wanita ini mengadu ada pendarahan semasa hamil? Tidak. 2) Adakah wanita ini mengadu ada kesakitan di bahagian abdomen atau abdominal pain? Tidak. 3) Adakah wanita ini pernah mendapat kehamilan di luar rahim atau ectopic pregnancy dimana risikonya berulang lebih tinggi? Tidak. 4) Adakah wanita ini terhamil walaupun ada alat merancang keluarga di dalam rahim iaitu IUCD? Tidak. 5) Adakah wanita ini terhamil walaupun pernah diikat iaitu pernah mendapat BTL dan sekarang ada risiko mendapat kehamilan di luar rahim atau ectopic pregnancy? Tidak. Kita ada garispanduan. Jika kantung itu masih kecil dan tiada janin, ini sebab kehamilannya yang belum lagi mencapai 5-6 minggu. Tunggu dulu dan scan semula lagi 2 minggu, dan lihat sudah ada janin atau tidak? Jangan kata ini anembryonic pregnancy atau blighted ovum sehingga lagi 2 minggu jika masih lagi tiada janin. Kadang-kadang wanita itu yang tidak ingat tarikh haidnya yang terakhir dan sangka sudah 6 minggu tetapi dia tersilap. Kadang-kadang wanita itu haidnya tidak teratur, maka ovulasi serta persenyawaan berlaku lebih lambat dari dijangka maka dia sangka sudah 6 minggu tetapi sebenarnya baru 4 minggu. Sebab itulah saya selalu bagi nasihat, jangan gatai sangat tergedik-gedik nak minta scan awal tanpa sebab. Bila jumpa kantung kosong nanti bimbang tak boleh tidur sampai 2 minggu. Tak pasai-pasai saja bagi diri sendiri STRESS. Jika wanita ini berjumpa saya dulu, saya tidak akan scan tanpa sebab dan suruh dia pulang ke rumah. Inilah cara mengelak stress kepada wanita kita. Doktor muda tu pun belajar dari pengalaman ini dan belajar bahawa kita boleh menolak permintaan pesakit itu untuk kebaikan pesakit, dan beri penjelasan. Ingat tau hangpa semua, toksah laaa tergedik-gedik sangat nak mai mintak scan awal-awal tanpa sebab. Tunggu dulu naaaa. Confirmation of a pregnancy is when you have missed a period and have a positive urine pregnancy test. That is how we confirm a pregnancy. Not by ultrasound scan. ■■Tq Dr Imelda.. #HealthIsWealth

DR IMELDA
19 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Setuju..pglmn ms ank 1st n 3rd (skrg)..yg 1st tu mmg downnn sgt..ats cara doktr bgtau sbnrnya..kita fhm die xnk kita terlalu happy n mengharap tp kalau stress sampai xleh mkn minum pun kesian jgk mummy..ms sy tu 1st skt low abdomen teramat sgt,p klinik mmg xjgka prgnt sbb xlewat haid,p check air kencing dr bgtau tahniah.. ank sulung kott, brtaun tggu..excited gile xleh benti snyum smp ke umh..dr laki tu ckp esok dtg la scan sbb dr pmpuan shift esok..dtg pg esok dr scan trus bgtau dgn muka xde prsaan ank awk xde pun, kosong je,sy letk awk as ectopic, awk mungkin akn dibedah sbb kndungan ni berbahaya & segera ke hosp bhgn emergency..boleh byg x ms tu mcm mana prsaan sy??menangis xbenti sampai kt hosp..tkut sedih suma ada..dri tahu news tu trus jd xselra mkn mnum xtdo lena..mjur la abah mak sy bg semangat bgtau manalah tahu baby kecik lg so xnmpk..wrded dlm 2,3hari..hari ketiga bru dpt app pkr ong,pkr scan ikut jln bwh n trus nmpk baby..pkr sdiri ckp kt sy,kecik lg tu die nyorok tu..yg mngandung sulung zmn tu mana ada forum mcm ni apa suma xtahu,betul2 dgr kata doktr semata😁tp ye la doktr pun manusia jgk..

Baca lagi
6y ago

Sambungan..skrg yg 3rd prgncy ni..i salute doktr2 bg pncerahan n action sewajarnya..doktr scan xnmpk tp bg trikh 2mggu lg..then xnmpk jgk cuma kntung separa bulat. Bg lg trikh scan 2mggu..3,4x app ntuk repeat scan bru la nmpk baby..maknanya dr bg peluang di situ..n sblm bg app pun dia bg info psl ectopic,blighted ovum n sbgnya seolah nk suruh kita bersedia dgn kemungkinan berlaku tu..baru lah xmengharap and x down..apepun experience will teach you something right🤗

Sy pun alami bnda ni dulu. Dah check upt positive tp tak berapa pekat. Then excited nak pergi scan. Doktor muda.. Mmg kira dari LMP dah berapa mggu kandungan. Walaupun sy dah bgtahu period sy tak teratur. So dia kira sy dah 16 weeks ++ time tu, bila scan nmpak kantung yg tak bulat tak cantik terus dia ckp tu kandungan tak jadi. Suruh refer hospital lagi 2 weeks utk cuci. Mmg down menangis je bape hari masa tu. Tapi nasib baik tak terus prgi hospital mcm yg disuruh. Wait another 1 month, prgi check klinik lain pulak, alhamdulillah nampak dua kantung siap heartbeat lagi. Baru 6 weeks time tu. Now dah 27 weeks ++ 😊

Baca lagi
6y ago

Alhamdulillah.. ada test upt lg ke after scan tu.. makin pekat atau stay kabur je?

Saya kandungan pertama sy bunting pelamin, khwin2 terus lekat tp Kandungan saya mcmni la., kantung kosong, ckup 12w dia turun sendiri berasa la contraction mcm org nk bsalin tu sakitnya tu xleh nk cerita, tp turun xhbs still kena dnc. Pantang pn sama ja mcm org bsalin 44hri.. Down mmg down.. Alhamdulillah selepas 3bulan tu sy lekat semula, kiraan sy 6w terus g scan sbb scan awal ni ad bgusnya skrgnya dpt tahu kantung mmg ad di dlm rahim, alhamdulillah skrg dh 22w.. Moga selamat hingga melahirkan si kecil sy. Aminnnnn..

Baca lagi

Setiap kali prgnt mmg sy akan strt scan masa da 10-11w yg mana masa tu mmg dah nampak kantung yg ada heartbeat. Sebab apa? Sebab ramai kwan2 yg susah hati pastu stress xtentu pasal. g scan awal tp doc cuma kata ada kantung je. Kalau mcm saya period tetap setiap bln jadi sndri boleh agak dah berapa minggu usia kandungan. Pengalaman 3 ank Sebelum ni kalau beza pun kurang seminggu dengan calculation doktor dan beza beberapa hari je ngan date kat scan mesin tu. Alhamdulillah.

Baca lagi

Saya ad history miscarriage.. So doctor mmg nk scan and tgk every two weeks if the baby grow ke x... Tp alhamdulillah.. On the first visit 5w5d xsilap. Dh nmpk kntung and isi.. And ad spotting lpas tu on the 6thweek and half.. .dh nmpk jntung baby..next appointment is next week on my 9th week.. Hopefully everything goes well.. Tq doctor for this information...

Baca lagi

Kalau ikut kiraan period saya yg last mmg dah 7week 3days .. tapi sbb sya ada buat OPK bulan lepas ovulasi saya pada CD33 dan skrg sy dah CD51... Ada tak kawan2 boleh bagi pendapat perlu ke sy pergi scan? Sbb sy kira2 masih awal lg kan?sy tak nak frust... Hehe cuma saya risau sbb sy ada PCOS... Ada cadangan x? Buat masa ni xde masalah mcm yg dr imelda senaraikan tu...

Baca lagi
6y ago

bca y Dr bgtau tu..toksah scan awl2..klau nmpak kantung ja...nt risau..pdhal ad ja jnin dlm tu..scan mmg la nmpak kantung ja...bby kcik lg kot...bleh tgok dlm aps ni bsar mna bila bby 5,6,7 w...cer godek2 skit aps ni

Tak salah juga scan dlm 5@6 untuk lihat kantung.. Mana tau kan dlm 6 weeks xda jg kantung dlm rahim.. Khmilan luar rahim jg dpt kita kesan seawal yg mukin.. Pendapat saya la.. Scan sbyk yg mukin xpe, x jg mkn duit org. Xda jg la risau sgt or stress sgt. Biasa jer.. Rezeki Tuhan sapa la kitaa nak pertikaikan... 😊 Bishe2 jer.. #pendapatsaya

Baca lagi
6y ago

Ouh ilmu baru jugk ni dpt hehe thanksss. Tu laa lain org lain pendapat kn sis.. Tp tulaaa klo mcm ade mslh bby ke msti dktor suruh scan 2mnggu skli tu.. Haa. Tu ikot saranan dktor laa ye..

saya appointment klinik mcm 3 minggu sekali..so memang akan kena scan je..awal2 dulu pun scan sebab nak konfirmkan pregnant ke x..masa tu dah 7w..alhamdulillah dah nampak kantung dgn ada benda bulat..doc pusing2 dah nampak heart beat.. nak confirmkan sebab period x penah betul kan..buat upt keluar double line..

Baca lagi

Selalu nampak post risau pasal tak nampak bila scan sedangkan baru 6-7w. Hairan juga. Kalau ikut kkia nurse dan doktor akan kata dlm 12w baru boleh scan nampak clear baby. Jadi kepada mommies yg baca ni jgn risau ye. Sbb kecil lagi. Cuba baca info track pregnancy tu. Baby saiz besar mana je. Heheh

saya penah mngandung kantung kosong...masa baby 1st..hampir nak masuk 3bln..last sekali kena cuci...alhamdlh skrg msuk anak ke-2...due bulan 6..doa kan dipermudahkan urusan bersalin nanti🤗 doc saya nak nak tanya...kalau semasa hamil..xpenah langsung makan asid folic..apa akan jadi ye?