Kandungan Terancam (Threatening Miscarriage)

Semalam petang adalah detik menyeramkan dalam hidup saya kerana mengalami tumpah darah yg sangat deras seperti air paip sehingga keluar berketul-ketul daging, saya sangkakan rezeki saya hamil hanya setakat semalam (7 Minggu 3 hari) dan saya menangis meraung kerana menyangkakan sudah keguguran. Mujur suami bertindak segera membawa saya ke Hospital. Doctor masukkan Vagial Specular Graeve (seperti muncung itik) dan alat seperti gunting untuk cek bukaan. Alhamdulillah tiada bukaan berlaku. Kemudian doctor scan alhamdulillah baby saya masih terselamat berada di dalam kantung rahim saya. Selesai cek saya tak ditahan wad, doctor cuma bagi 3 kotak Pil Duphaston utk kuatkan rahim dan doctor berpesan seandainya balik ke rumah berlaku bleeding lg dlm masa sejam tukar byk pad dan penuh darah saya kena ke hospital semula. Alhamdulillah pulang ke rumah pendarahan semakin berkurangan dan hilang perlahan-lahan. Saya tiada sebarang stress, kepenatan, atau buat kerja heavy dirumah, langsung tiada. Saya rasa mungkin berpunca dari MINUM AIR COKE walaupun tak sampai segelas + NESCAFE. Barangkali itu punca berlaku Threatening Miscarriage. Sekarang saya sedang MC 2 hari dan fully bed rest.. Doakan saya dan baby selamat ya?

Kandungan Terancam (Threatening Miscarriage)
52 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Semoga smua nya baik² saje sis. Sentiasa fikir positif ye

VIP Member

😘good luck! smoga dpermudahkan spanjang kehamilan

inshaAllah.semoga urusan kandungan puan dipermudahkan.

InshaAllah semoga dprmudahkan urusan sis...☺

Semoga sis kuat yer jgn angkat brt,bykan rest

Hati2 sis jaga kesihatan serta pemakanan

moga ada keajaiban mcm ni utk sy... 😢

Semoga selamat sehingga lahir nya bby

Semoga dipermudahkan segala urusan..

Semoga dipermudahkan