Self Acceptance Seorang Isteri

Selamat tengah hari semua🥰 Tengah hari ni min nak kongsikan tentang 'Self Acceptance' seorang isteri. Min tau, mesti ramai di antara kita sebagai isteri kadang rasa diri kita tak sempurna. Bila tengok orang lain, rasa kenapa diri kita tak macam dia? Kenapa kita tak mampu sehebat dia? Kenapa kita tak secekap dia dalam menguruskan rumah tangga? Kenapa dia boleh bahagia dan tak ada stress tapi sebaliknya terjadi pada kita kan? Kenapa suami dia boleh belikan dia barang mahal-mahal tapi suami kita tak? Min mula-mula kahwin pon macam tu. Rasa diri tak sempurna serba serbi. Ipar duai semua pandai buat itu ini, uruskan anak dan keluarga, jadi menantu baik dengar kata semua. Tapi min tak rasa min sama 'level' dengan mereka. Perlahan-lahan suami min pujuk min untuk menerima diri sendiri dan berhenti membandingkan diri dengan orang lain. Jadi, harini min nak kongsikan semua ni dengan pengguna Min yang disayangi. Jom kalau ada yang pernah alami macam min, kongsikan dekat bawah. Jangan risau, bukan anda sorang je rasa macam tu okay😇

Self Acceptance Seorang Isteri
10 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Rasa nya self comparison dgn org lain tu ramai yg merasainya. Lagi2 dgn adanya social media banyak benda boleh menunjuk- nunjuk hehe. Permulaan pun saya begitu lagi2 tak bekerja lagi benda tu rasanya perit tgk org lain ada aset itu ini. Tapi kalau ada rakan yang hanya kita sahaja usaha nak rapat dgn dia dan cuba berbaik dgn dia tp dia sebaliknya baik jarakkan. Sedikit sebanyak boleh mempengaruhi diri kita. Cari circle yang lebih positif dan mudah memahami diri kita. Perlu two way communication juga dgn suami. In sya Allah kita akan redha dgn semua rezeki yang Allah bagi dan sentiasa husnuzon dgn rezeki Allah 🤗

Baca lagi