Pengorbanan Suami

Saya tinggal dengan mentua. Alhamdulillah dapat mentua yang baik. Rajin masak kuih muih pulak tu. Alkisah pagi ni. Suami kerja halfday harini.dia bawak semua baki karipap yang ada ke office (5 biji). Bila saya nak sarapan dah tak ada kuih. Saya mesej la suami saya tanya dia. Kenapa tak tinggalkan karipap sebiji untuk saya dan baby sarapan. Terus dia gelabah ? Allah sygg sorry dia kata. Weiii berdesup dia pecut balik rumah hantar karipap 3 biji. Dia makan 2 biji ja. Alahaiii suami. Saya gurau ja. Terharu tau hati isteri ni. Next time taknak dah gurau benda macam ni. Bahaya uiii. Tapi suami la anugerah terindah. Sebelum pergi kerja urut isteri. Balik kerja tak sempat rehat terus urut lagi. Nak tido pon urut lagi. Sepanjang saya Pregnant dia la yang urus diri sendiri. Saya nak bancuhkan air untuk dia pon dia tak bagi. Suruh rehat ja. Maybe sebab dia eksaited plus risau setelah 2 tahun lebih kami tunggu zuriat yang pertama ?. Sekarang saya pregnant 6w. Doakan segala urusan kami dipermudahkan ya. Begitu juga doa saya untuk kalian ?

Pengorbanan Suami
62 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

sayu hati bila baca . semalam saya puasa dari 10pm sampai 8am sbb harini nak minum air gula. lepas minum air gula puasa lagi 2jam. minum je boleh tapi sy minum seteguk 2 je . 10.30am sy ambik keputusan , time tu baru nurse suruh sy makan . tapi sy tak dapat mkn sbb kena tunggu ambik buku pink . 10.40 - 12pm saya tahan lapar dgn takda minum air apa semua semata nak tunggu buku sy tu. urusan mmg lambat , so sabar jela. pastu sy taktahu camana sy boleh gaduh dgn suami cuma sbb makan sy je. sy suruh dia beli makan, tapi sy ckp nanti sbb kalau beli masa pukul 10 belum tentu sy bole keluar . sy taknak mkn kalau tak panas sbb loya nasi kfc kan pelik rasanya kalau sejuk. so gaduh² tiba² suami pun ajak maki memaki , tu sy tahan lagi . tiba2 part dia cakap saya ni lagak mcm boss tu yg sy tak tahan . masa duduk kat klinik tu , jatuh air mata cover pakai tudung je sbb ada ibu² lain duduk sebelah. sakitnya hati Tuhan je tahu . sy balas ws dia sambil nangis ckp kalau sy larat sy pun tak bodoh nak susahkan suami saya . pastu masa balik 12pm tu sy dah takda selera nak makan sy suruh dia cancel beli makanan. sy masuk kereta tahan hati, lama² tak tahan sy jerit kat dia suruh ulang apa dia cakap masa kat ws tadi. gaduh² sampai la dua2 naik tangan . pipi saya calar sikit , bibir berdarah . entahlawalaupun tadi suami dah minta maaf , dia siap nangis2 cium tangan dan dahi saya . perasaan sy tetap sakit. susahnya nak suruh lelaki faham keadaan kita tu Tuhan je tahu 😔

Baca lagi
4y ago

Saya plak yg menangis baca kisah awak ni..teringat prgnant anak pertama dulu,semoga awak terus kuat..Alhamdulillah saya mengandung anak ketiga ni suami lebih memahani..mntk suami sis banyak membaca..InsyaAllah nanti dia akan faham perasaan isteri mengandung..

sy pjj dgn suami smggu skli bru jmpa..& smggu skli jgk klo ngidam pape bru dpt..kdg pujuk baby klo nk mkn pape tunggu ayh blek ae bru boley mntk dgn ayah...tp btol tahu ayh dia nk blek mcm2 ngidm nk mkn itu ini pastu mulalh buat perangai😅mcm² sakit timbol..dpt bring aje xboley masak..xboley kemas umh rasa xlarat sgt hahaha,pastu tiap kli suami blek mesti dia kena urtkan sbb time tulah selalu mula skit bdan nmpk btol bby nie mnja dgn ayh dia..🤣sy 8 tahun tggu utk bby nie..dgn suami jauh byk kena urus sndiri smua,xboley nk mnja sgt tp skli dia mnja melepek aje...tp biler ayh dia smpai segar bugar hahhaha

Baca lagi
VIP Member

bila tengok karipap ni, klu beli mesti ada tak pernah miss beli. sy suka karipap, suami pun suka tp klu beli 2 mesti sy bagi suami makan 2 tu. sbb sy suka tgok dia makan drpd sy mkn. bila time suami mkn dia mesti tgok sy dan tanya betul ke mau? sy ckplah xpe, mkn je. seronok tgok suami mkn. sy buat cmtu sbb sejak pregnant mmg dia banyak buat keja. balik keja kena buat itu ini. jadi sy balaslah apa yg sy tahu, apa yg dia suka. sbb dia tahu sy mengandungkan anak dia dan sy tahu dia berkorban jgak utk sy. give and take.

Baca lagi

Alhamdulillah sis.. ❤️ sama dgn suami sy, sngat2 penyayang dari zaman berkwan 12 tahun dulu smpai skrg dah nk beranak sama tak berubah sikit pon 🥰 lagi2 masa mngandung ni dia mmg btul2 jaga, cuma bila dah 32weeks ni asal sy msuk bilik lpas mandi je dia dah get ready pgang spender ngan sluar sbb tahu sy dah tak mampu pkai sndiri.. sbb perut besar sngt 😂😂 sabor jelahhh

Baca lagi
4y ago

Benda dalam kelambu pun cerita. Hihihihi

Ye, sebak bila ingat terutama bila kita tengah alahan teruk dan tak lalu makan apa. Punya la dia risau wife & baby tak makan, jadi apa2 yang saya teringin tu memang dia pusing satu klang valley ni cari juga sampai jumpa. Sampai kita pula risau cakap tak perlu sampai pusing camtu😭

Alhamdulillah dpt suami yg baik.Bab urutan tu..harapnya sis buat rujukan dahulu sbb mengandung ada bahagian sensitif yg perlu dielak..dikhuatiri keguguran.Usia kandungan pun masih baru.Jaga pemakanan ya..elakkan air tebu,nanas, daging kambing dalam kuantiti yg banyak.

Suami mcm tu la. Sanggup korban ape je. Penuhi semua keperluan kita dgn anak. Dia tak dapat pun takpe. Asalkan kita dgn anak dapat.. I cannot la. Nk nangis bila ingt suami. 😭😭😭😭😭

Masa awal2 PKP haritu sy teringin nk mkn cendol tp xde satu pun kedai yg jual. Suami belikan bahan2 dan buatkan sendiri cendolnye. Sepanjang tempoh mengandung ni hari2 suami yg sediakan makanan.

Alhamdulillah seronoknya dapat suami yang mcm ni. Bersyukurlah dan sayangilah suami tu. Semoga selamat sepanjang tempoh mengandung ni dan bersalin nnt ye. Amin.

Alhamdulillah . Semoga dipelihara kandungan oleh Allah s.w.t sehingga selamat melahirkan dan selepas melahirkan juga .. inshaAllah .. Aamiin Ya Allah Ya Mujib