Luahan perasaan

Saya stress kenapa tak pregnant lagi..Orang sekeliling senang je bunting pelamin. Tahun ni dalam keluarga saya 3 org menanti baby. Kenapa bukan saya. Sampai sekarang saya x bagitahu suami diorang hamil. Takut suami kecewa. Saya dah masuk 4 tahun belum ada tanda. Hari² pikir lepas tu kena hadap dengan sindir sinis orang sekeliling. Rasa sunyi je rasa rumah. Dulu bela kucing untuk hilangkan sunyi. Tapi di sindir pulak dgn org. Bela kucing je anak xda. Awal² dulu okay la duduk berdua dgn suami takda anak main dgn kucing²..tapi sekarang bila suami balik keja tengok dia macam xde semangat. Tiada sambut dari ank kot mcm org lain. Kami bukan org yg bduit mcm org lain buat yg xde anak pergi holiday selalu. Tak tahu nak hilangkan stress macam mana saya hanya mampu menulis disini. Macam² cara saya cuba. Mungkin bukan rezeki saya lagi. 😔

71 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Puan, mmg ada pasangan yang tidak dikurniakan anak. Puan & suami kena sentiasa cuba untuk mengembirakan satu sama lain & rasakan 'cukup' hanya berdua. Jangan fokus dengan ketiadaan, harga kecukupan. Akan ada 2 kemungkinan sahaj selepas itu, puan jadi kurang stress & senang melekat/ atau, dengan cara kita bersyukur itu puan akan jalani hari2 mendatang dengan lebih gembira. Moga puan & suami dipermurahkan dengan kecukupan hidup & jikalau diberi rezeki yang lebih, puan gunakan lebihan itu untuk mengembirakan insan lain

Baca lagi