Luahan perasaan

Saya stress kenapa tak pregnant lagi..Orang sekeliling senang je bunting pelamin. Tahun ni dalam keluarga saya 3 org menanti baby. Kenapa bukan saya. Sampai sekarang saya x bagitahu suami diorang hamil. Takut suami kecewa. Saya dah masuk 4 tahun belum ada tanda. Hari² pikir lepas tu kena hadap dengan sindir sinis orang sekeliling. Rasa sunyi je rasa rumah. Dulu bela kucing untuk hilangkan sunyi. Tapi di sindir pulak dgn org. Bela kucing je anak xda. Awal² dulu okay la duduk berdua dgn suami takda anak main dgn kucing²..tapi sekarang bila suami balik keja tengok dia macam xde semangat. Tiada sambut dari ank kot mcm org lain. Kami bukan org yg bduit mcm org lain buat yg xde anak pergi holiday selalu. Tak tahu nak hilangkan stress macam mana saya hanya mampu menulis disini. Macam² cara saya cuba. Mungkin bukan rezeki saya lagi. 😔

71 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Its ok akak, mcm saya pun gitu berharap, berdoa tapi setahun lebih tunggu alhamdulillah ada rezeki. Akak pun jgn sedih, sbb sbg lelaki, dia juga terasa. Kadang2 bkn sebab dia menyalahkn akak, mungkin dia menyalahkn diri dia. 1) Klu akak ada period x regular saya suggest yg ni. https://instagram.com/kaksitibidan?igshid=YmMyMTA2M2Y= Saya masa sblm kahwin memang ada masalah period x teratur. Stress siket mesti period lewat. Dan dkt product ni dia ada product yg boleh naikkan mood kita utk jadi lebih happy. Nnti puan try. 2)Yg kedua, kadang2 bila kita nk sgt anak ni, kita lupa utk bahagiakan diri dan pasangan. Actually tu yg penting. Mcm saya b4 this ada yg x puas hati lah seksual intercourse tu. so saya beli product ni https://instagram.com/wooman.co?igshid=YmMyMTA2M2Y= Klu sis baca review ni memang lah mcm berkesan kan, suami terkam ke tiba2. Tapi suami saya x mcm tu. Kuat iman dia 😂😂. So saya usually apply bila kami bersama shj. Ada perbezaan yg ketara dri sudut rasa dn mood. Bila kita terlampau push utk bersama suami and dptkn anak, seri dlm seksual tu hilang. Bila pakai ni, dh x ingat sgt lah pasal baby tu sbb masing2 akn enjoy the moment. Tu yg penting 🥰 3) Bykkn minta doa dri org yg soleh/ miskin. Mcm saya, suami saya kerja yg related dgn kebajikan, jadi saya byk berjumpa dgn ramai asnaf dkt Malaysia. Setiap kali saya santuni, saya mesti ada sesi dgn diaorg. Sesi heart to heart. Then saya akn minta doa diaorg spy mudahkan urusan dpt anak. Sbb di syurga nnti org yg paling ramai masuk syurga adalah org2 miskin. Boleh juga klu ada kwn2 or kenalan yg pergi tunaikan haji or umrah, awk hantar voice note dan suruh diaorg play depan kaabah. Usaha ni kwn saya ada buat. Alhamdulillah Allah beru rezeki. 4. Manfaatkan bln ramadan. Bulan ramadan hari yg sgt berkah. Amalan yg saya lakukan bersama suami adalah berdoa sblm buka puasa sbb time tu time mustajab berdoa. Saya readykn doa full satu page ttg keinginan yg kita nak. Dan x lupa juga doa yg kita kiri kan utk org lain. Lagi byk kita doakan utk org lain. Maka bertambah lah doa malaikat utk kita. So awk bykkan berdoa utk org lain especially sapa2 yg belum dikurniakan anak lagi. Mention nama dia secara spesifik. Klu xde, Saya mention je nama pemilik akaaun ig or fb sekian2. Klu puan rasa down sbb byk sgt usaha dh buat. Puan rest dulu dgn suami dan enjoy moment kebahagiaan berdua. Benda tu kena create. X semestinya kena holiday baru happy. Kat rumah pon kita boleh happy. Contoh 1. Bila suami blk, urus keperluan dia. Senyum bila dia smpi depan rumah. Salam cium tgn pipi byk2 smpi dia lemas pun xpe 😂😂. Perbuatan tu pun dh happy, dn itu erti happy sebenar. 2. Pakai seksi2 pastu urut2 badan husband ke bila tgh tgk tv. Niat nk bagi suami happy and relax. Secara x langsung dgn kita2 jadi relax. 3. Buat suprise utk husband di tmpt kerja. Klu xde bajet nk beli cekelat tu. Tulis surat pun dh ok. Surat cinta and sayang. Mungkin org lain dgr mcm pelik or ntah apa2 kn. Tapi sgt lift up mood husband. Klu dia x tunjuk sis jgn sedih. Continue je buat. Sbb dlm diam dia sorok surat kita tu kt tmpt dia je tahu and sengih sensorang 😂. Semua yg saya sebut ni adalah apa yg saya buat dan dri pengalaman saya. Berkenaan produk yg saya syorkn tu. Actually dia quite pricey, tapi boleh menabung sedikit demi sedikit. Sambil2 nk tunggu beli apa2 produk, kita usaha dulu cara free. 😁. Penulisan quite panjang, tapi tujuan saya spy sis x give up. Klu down or letih rehat dahulu and kita sambung fight lagi. Jgn disebabkn perkara ni, menyebabkan kita terabai perkara yg lain iaitu melayani suami. Layanan saya disini bkn bermaksud seksual semata2. Tapi ttg hati dn perasaan. saya dulu seorg yg mudah depress even skrg pun. Bila saya buat mcm ni, beban mendgr org sibuk duk tanya bila nk mengandung tu hilang bila kita bermesra dgn pasangan kita tanpa ada niat tersembunyi. Contoh rapat2 dgn suami semata2 nk bersama dan dpt baby. Jgn begitu. Kita kena ikhlas buat utk kebahagiaan berdua. In sha Allah kita dpt atasi dan kuat bersama2 Maaf sekali lagi coretan yg panjang ni. Saya doakan sis dan suami akan dptkn rezeki zuriat oleh Allah swt dalam masa terdekat sblm habis tahun 2022. Aminnnnn

Baca lagi

hi sis, dah ramai yg bg kata2 smgt. Sy pun tak bc semua. tapi ni ada beberapa tips Sy yg Sy research sendiri. mgkin sis dah tahu, atau mgkin some sis can consider to try. 1. amik supplement spt folic acid, NAC, q10 utk Bina sel2 baru, d folia utk kuatkn Rahim, vitamin d n magnesium. 2. kurangkn gula dlm apa jua. 3. mesti exercise walau Malas mcm mn pun. bila exercise, mmg ada chance dpt baby. 4. kurangkn grain, white rice, mkn more to healthy food. switch to brown rice, byk vege, ikan. kalau blh mkn mcm org berpantang. 5. LPs abis period je, terus bersama suami, selang Sehari. mesti 3 Kali dlm seminggu. tak pyh nk g vacation ke apa. yg ni mmg confirm blh pregnant. 6. LPs agak2, rasa nk dkt period, start jgn buat kerja berat. bg bb lekat. 7. minum byk air Panas. elak sejuk2. nk bagi Rahim warm spy lekat bb. 8. jgn cek ovulation kit dah, n also pregnancy test. kalau betul lewat period 3 Hari, blh blh start check. spy tak kecewa n frust. 9. blh je bela kucing . janji deal dgn husband, tahi kucing msti husband yg buang. sbb awak TTC nk bb. kucing TU bg awak happy, bila happy, blh dpt bb... 10. jgn mengharap sgt every month. n jgn give up pula. 11, jgn minum air tebu, nenas, atau bnda2 tajam.. jgn mkn betik. 12. if husband merokok, suruh dia kurangkan or stop sekejab tgk mn tahu 2,3 buln ni, awak lekat. 13. ada satu pil nama clomid, blh try Cuba amik Ms period ke 2 smpi day 5. tp ni if sis confirm takde PCOS atau takda cyst. mcm Sy doctor Kasi, tapi mahal Gila sbb doctor pakar.. LPs dah abis TU, Sy beli sndiri kt pharmacy. blh tgk dlm 3 bln mkn, dia bg kita ovulate more. 14. blh beli minyak progesterone, sapu kat nadi, n bdn sikit bila dah ovulation. ni bg baby senang lekat if ada hormone ni. minyak ni rm 100. blh pakai bertahun2. if sis, blm jumpa doc, spend dlm seribu mcm TU. utk cek tiub tersumbat tak, utk cek tyroid, utk cek ada cyst atau PCOS, cek hormon sis, n cek sperm husband. mcm Sy , unexplained infertility. semua ok, doctor suruh continue supplement n pil clomid dia Kasi. harap2 sis blh mengandung, bb n sis sihat. sy bukan doctor, tp inilah ilmu yg Sy blh share based on 2 years experience n lots of research. lagi satu sis, percaya. very important, u HV Faith yg u mmg akn ada bb soon. mcm kita imagine mlm2, it call manifest. ni mmg blh jd juga. all the best, take care. I hope u ll have healthy bb very soon. dont give up.

Baca lagi

semoga sis diberikan zuriat keturunan pd waktu yg tepat dan terbaik. tak apa sis, lain org lain rezekinya. saya x berada di tmpt sis tunggu sampai 4 tahun, sy ttc hanya 2 thn je. dan pernah juga mengalami kakak ipar sy 3 org, tiga2 tu pregnant tahun yg sama. tambahan dgn mak mertua asyik tanya dah period ke belum, period x bulan ni, cek x waktu subur, kalau period lmbt sikit je mertua cakap haa entah2 ada isi x. stress sy dibuatnya masa tu sampai rasa nak lempang je org2 yg duk bertanya mcm2. masa tu rasa benci sgt kt mertua. tp lama2 tu sy sendiri redhakan hati. tambahan suami pun banyak support suruh sabar n bnyk bgi sokongan moral. dan alhamdulillah bila hati dah start redha, x pikir langsung nak anak, sampai pikir nak bela kucing dah, duk bercuti sana sini. sekali Allah dtgkan zuriat dlm rahim saya. padahal saya ni period x teratur n salah 1 kilang telur saya x normal(mcm pcos tp doc kata bukan). saya sempat lagi main banana boat sampai terhentak punggung tergolek, mandi2 kolam, main gelongsor terhentak punggung. rupanya masa tu sy dah pun pregnant 6 minggu. tu lah bila Allah nak bagi tu, xkira apa situasi pun Allah akanjaga juga. Allah akan beri waktu yg terbaik. jdi utk sis, boleh bersedih biasalah kita manusia x dpt lari dri perasaan sedih, kecewa. tp biarlah sedih tu diadukan pd Allah. minta sungguh2 pd Allah, jaga pemakanan, makan yg sihat2. kalau perlu ambik suplemen silakan. semoga dipermudahkan urusan

Baca lagi

Sis…kne banyak kurangkan stress, kene redha, dan bnyakkan sabar.. Bahagia bukan terletak pada kediran zuriat shj sis..jd sis jangan letakkan tekanan pada diri sis untuk mengandung.. hargai kebahagian lain yang ada pada sis.. Sy 7thn TTC sis.. segala doc, ustaz, berubat sana sini dah buat sis.. dlm 7 thn jugak bnyk tomahan dr org sekeliling.. suami pun selalu sebut pasal anak.. hati ni remuk tiap kali period dtg.. Namun.. dgn tak disangka2 akhirnya sy pregnant jugak sis.. alhamdulillah Last rawatan yang sy buat , rawatan homeopati di Herbal Healing, Gombak.. Mungkin Allah nk izinkan sy mengandung asbab rawatan itu.. Apa2 pun sis.. kene pujuk hati untuk redha.. Saya fhm perasaan insecure bila kita belum ada anak.. namun, kita perlu buang pemikiran tu.. cuba yang terbaik untuk hubungan suami isteri.. bnyakkan masa untuk Allah.. In Shaa Allah anak itu akan hadir bila tiba masa yang sesuai.. Doa saya moga sis dikurniakan kesihatan tubuh badan dan sentiasa bahgia dgn kehidupan sis serta moga sis dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.. amin..

Baca lagi
2y ago

Terima kasih atas doa sis

TapFluencer

Sis sabar ye, jangan mudah mengalah apa yg sekeliling katakan. Allah akan beri bila tiba masa yg tepat. Macam sy 6 tahun lepas, kahwin terus lekat, baru nak bersama hidup dah ada kehadiran si kecil yg sgt2 beri kami cabaran. Menjaga anak kecil pun bukan mudah, pernah juga kami berselisih faham atas faktor anak sahaja. Kadang2 kehadiran anak bukanlah faktor kebahagiaan, yg utama adalah tanggungjawab sesama suami isteri, bagaimana boleh mengharungi setiap hari dengan rasa bersyukur. Alhamdulillah, kami semakin dewasa dan semakin matang dalam membentuk keluarga. Jika kita sentiasa bersyukur, percayalah, Allah akan mempermudahkan urusan seharian kita. Sekarang ni kami baru dapat tahu kehadiran anak kedua kami, baru je 11w. Dan kami ingin jadi ibu bapa yg terbaik dalam menjaga anak kecil lagi. Yang penting sebelum ingin menimang cahaya mata, kita perlu mempersiapkan emosi dan fizikal kita, kerana ia nampak mudah, tapi percayalah, 360 darjah life kita akan berubah, sama ada kita boleh menanganinya ataupun tidak. ❤️

Baca lagi

Sabar banyak-banyak ya. Mulut orang memang tak boleh ditutup. Sampai masa akan ada rezeki anak untuk kita semua, selagi masih ada rahim insyaAllah boleh mengandung. Jangan dengar kata-kata negatif orang. Kunci rezeki anak ni , suami isteri kena bahagia dulu, buat lah apa-apa aktivit yang tak guna kos banyak contoh picnic/memancing/mandi-manda & banyak lagi. Saya pun belum ada zuriat, TTC setahun lebih. Saya PCOS fighter, adik-beradik sendiri pun cakap saya ni susah nak mengandung. Saya chemical pregnancy dua kali dah. Saya redha apa yang jadi. Saya pun bela kucing juga. Hari-hari minta kucing saya doakan saya dapat baby. Hehe. Sekarang saya DPO 10, check UPT double line tapi belum terang. Macam biasa, saya tak nak berharap sebab saya selalu dapat line sebelum CP. Cuma saya teruskan doa dan redha, berlapang dada, keep positive saja. ada rezeki tak kan kemana. Jadi, kekalkan suasana positif dan ceria ya. Saya doakan semua TTC's dikurniakan zuriat yang soleh/solehah, sempurna akal & fizikal. Aaminnn YRA :-)

Baca lagi

sabar sis,abaikn saja sindiran tu semua,jgn bwa tension sindiran tu dpn suami,be happy je berdua sekarang,buat benda2 sweet berdua,jgn stress,saya 10tahun menanti kehadiran cahaya mata,mcm2 dah saya rasa sis,sindiran hinaan perli semua ada,lagi ramai yg pandang sinis dr yg beri sokongan,menangis pn puas dah,apa yg saya buat adalah bela kucing,suami pn suka kucing,bila ada org bertanya pasal anak kmi ckp je,in sha Allah dah ada tp belum sampai,doakan kami tau,kurangkn bergaul dengan makcik2 bawang yg negatif tu,Allah akan beri tepat pada masanya jgn stress,,enjoy je life dgn suami,kmi bila berdua selalu main acah2 jd anak kecil,gurau2 manja,sikit2 hilang stress tu be happy je,try hadiahkn barang baby kat family member yg tgh preggy dgn niat Allah mudahkn kita hamil juga,beri hadiah kecil kat anak2 buah atau anak2 jiran,tu salah satu usaha saya utk hamil,alhamdulillah sekarang saya tengah tunggu bersalin,semoga awak dikurniakan cahaya mata dn segala urusan Allah mudahkn ye,aminnn

Baca lagi

sabar ye sis. jangan stress sgt . biasanya yg stress2 ni susah sikit nak lekat.. macam sy, terlalu fikir sgt kenapa xpregnant lagi? jadi stress kat diri sendiri.. walaupun baru setahun kawen.. lps tu, kwn2 belajar ajak reunion, ambik cuti, pergi je mintak izin suami.. suami okay, ber me time laa jap kan.. stress semua hilang, mmg happy2 je.. tup2 balik dari bercuti tu, dah lekat dah.. Alhamdulillah, rezeki kann.. saya doakan Allah titipkan malaikat kecil untuk sis dan suami.. amalkan doa sambil gosok2 perut.. tu selalu sy amal, bila rasa mcm nak period, " Ya Allah, jika sakit perut ni sakit nak period maka gantilah dengan zuriat yang soleh , solehah" sambil gosok2 perut.. ulang 2,3kali.. lps tu usaha laa pagi, ptg, malam.. tiap kali je suami ada, bersama je, tgk bila kita subur.. lps bersama, kaki angkat ke atas.. yg sy share ni semua sy buat.. InshaAllah, usaha tak pernah xberbuah hasilnya.. semoga Allah mudahkan urusan sis dan suami 😉

Baca lagi

jgn sedih² sis, sy dulu perkahwinan 1st, 5 tahun kawen xde anak. dah lali dgr kata² org duk menghina. last sy bercerai jodoh tak pjg. lps tu sy kahwen kali ke2 dgn suami skrg. suami sy pun dulu pernah kahwin 15 tahun tapi xde anak jgk. bygkan la 15 tahun org duk mengata dia dgn ex wife dia. last mrk bercerai jodoh x pjg. ex wife dia kahwin terus lps cerai tapi sama tak dikurniakan zuriat smpai skrg. 5 tahun husb menduda bru dia kenal sy. setahun kitorg kahwin alhamdulillah sy bru lekat. tapi takdir Allah sy gugur minggu yg ke 14. ujian besar buat sy dan suami. skrg alhamdulillah Allah bg sy peluang utk mengandung lagi. skrg dah 32w. kalau sy cita usaha sy dan suami utk dptkan zuriat mmg agak pjg. letih sgt tapi berbaloi. sy harap sis kuat. jgn mudah menyerah. selagi ada rahim kita boleh mengandung.

Baca lagi
2y ago

Betul tu

Semoga puan dan suami bersabar ye.. saya pun pernah ditempat puan bertahun2 juga. Lagi sedih bila kakak ipar pregnant, saya pula baru keguguran. Selalu pertikaikan bila rezeki kami suami isteri. Sampai kadang masa nak bersama jadi stress sebab terlalu fikir nak pregnant. Sampai 1 tahan saya dan suami cakap dah redha, kalau takde anak pun ok je hidup berdua bela kucing2. Tiba2 terus double line masyaAllah.. betul la org kata kena ikhlas kan hati dan redha. Time tu kami belum kukuh kewangan. Mungkin Allah tak nak bagi rezeki anak lagi sebab tahu kita belum bersedia dari semua segi. Harap puan sabar dan tabah ye.. banyak2 kan sedekah mintak doa dari org2 lain, kucing2. InsyaAllah ada doa yang akan diangkat. Semoga ada rezeki puan dah suami 😊

Baca lagi