hi saya nak luahkan perasaan dan tanya pendapat 🥲 suami tak mampu nak bayar bil hospital swasta.

saya skrg dah 5 bulan mengandung dan saya nak tanya pendapat mommies kat sini, selalunya kalau kita aim nak bersalin kat hospital swasta, tapi suami tak mampu dan dia hanya mampu untuk bagi saya bersalin kat hospital kerajaan, macam mana nak buat eh? saya bukan nak pandang rendah kat hospital kerajaan. cumanya kan, untuk anak pertama ni saya berharap sangat untuk bersalin kat swasta dan suami masa awal2 saya pregnant dulu dia kata boleh je nak afford bersalin kat kpj. lepastu skrg ni, bila saya macam bagi suggestion kat dia hospital lain yg swasta tapi harga berpatutan (sbb saya pun mmg nak ringankan beban dia lah) then dia cakap tengok macam mana 🥲 saya tak tahu nk rasa apa skrg ni. sebab saya dah expect yg saya akan bersalin kat hospital swasta. so persoalan saya, mommies kat sini yg ada husband tak cukup budget untuk bayar hospital swasta, macam mana awak terima kenyataan tu dan awak kena juga bersalin kat hospital kerajaan sbb husband tak cukup budget? atau ada ke mommies kat sini yg keluarkan duit sendiri untuk bersalin kat hospital swasta? #bantujawab #ingintahu #firstmom

48 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

bersyukur dengan apa yang ada. kena hidup ikut kemampuan suami. beranak di hospital mana2 takpe sis yang penting anak selamat dan sihat. perbelanjaan selepas bersalin lg penting. panjang lagi perjalanan sampai anak membesar.

Satu ja fikir . . Yg penting anak kluar dgn keadaan selamat . . Sama jaa hos mana pon . . Tapi lebih selesa hos swsta la kan . . Krjaan pon ok insyaAllah . . Tapi fikir laa budget selepas ad anak itu la keperluan yg pnting

Daripada Berhabis Duit Beranak dekat hospital Swasta Bayar Beribu2 … baik la simpan duit tu utk masa akan dtg nnti … kalau gunakan duit yg ada semuanya …nanti lepas beranak nak beli susu pempers brg dapur duit umah segala2 bill semua tu nak bayar pakai apa??

2h ago

Betul...

ikut kemampuan laa sis . mana mana pun sama . sakit besalin sakit kena seluk sakit push sakit nye tetap sama . kesian kt suami tu. jgn bg dia tekanan soal cari duit . lps besalin lg byk nk pakai duit .

back to basic, ukur baju di badan sendiri, kalau suami mampu kpj then pegi kpj, kalau mampu andorra peji andorra, kalau mampu kerajaan then kerajaan. kalau taknak terima kemampuan suami, puan bayar sendiri guna duit puan..

Ikut kemampuan. Kalau suami mampu govt hosp, pergi govt hosp. Ok je govt hosp pun. Lagi2 anak pertama. Taktau apa nak expect. Masa mengandung ni banyak kan berjalan kaki. Preparation for labour nnti.

klau blh semua org nk brsalin hspital swasta,tp tgk pd kemampuan suami,ada stengah org walaupun mmpu,dia nk brsalin dkt hsptl gov juga,terpulang pd masing² la,yg peting ibu n bby selamat,

sis ada duit tak? kalau ada tak salah guna duit sis sbb suami kan tak cukup bajet. Tp kalau bersalin kt gov pun ok je sis. Layanan pn ok je. Makanan, layanan semuanya ok. Xde masalah.

sy klu cekup di suasta tak kesah lah brapa sebulan dari PD nak menunggu ,klu beranak pasti kerajaan lah same jer sakit nye ..bukan suasta yg tlg teran kan nak beranak hihi

hi sis . just nk inform baru2 ni sy bersalin kpj dato onn, husband ada tanya berkenaan pakej bersalin kt situ and kpj ada sediakan monthly payment tp kena ada credit card