Baby baru 3m ++ tapi mengandung lagi..tolongggggg
Saya serba salah sebab suami suruh cuci,katanya tak mampu utk byr pengasuh kemudian hari sbb tanggungan kini hampir rm1500 tiap bulan utk pengasuh dan taski anak2 seramai 3 org,malahan previous baby baru menjangkau 3bulan lebih. Saya belum berkesempatan utk ikat atau implant krn doc nak bagi appointment lain sbb mase tu saya svd deliver jadi tak bole terus ikat..nak pakai implant pulak kena appointment dulu,last2 sangkut. Saya nak baby ni tapi keadaan kesihatan n badan tak izinkan,ade darah tinggi dan hampir 5bulan akan morning sickness teruk sampaikan prrvious pregnancy saya ditahan di wad hospital kerana tidak bole makan atau minum,akan muntah semula sampai buah pinggang kecut. Allah je tau sakit hati dan serba salah saya dgn keputusan suami suruh cuci kandungan ni.
boleh baca penerangan dr doctor imelda balchin pakar o&g ni. Waalaikumsalam. TAK BOLEH PUAN. Sengaja menggugurkan kandungan tanpa sebab perubatan itu HARAM, dari segi kedua-dua hukum ugama Islam dan juga dari segi Undang-undang Malaysia, dan doktor yang bersubahat menjalankan procedure menggugurkan kandungan tanpa sebab perubatan boleh dipenjarakan. Apakah sebab perubatan yang membenarkan doktor pakar O&G menjalani procedure pengguguran? 1) Jika ibu hamil ada masalah kesihatan yang serious seperti masalah fungsi jantung lemah, masalah fungsi injap jantung, kegagalan buah pinggang, cancer yang aktif, tekanan yang tinggi di dalam paru-paru seperti pulmonary hypertension. 2) Jika ibu hamil ada masalah kesihatan mental yang serious, dan ini perlukan penilaian dari pakar Psychiatry dan persetujuan pakar Paychiatry dulu sebelum Pakar O&G dibenarkan menjalankan prosedur pengguguran. 3) Jika janin di dalam kandungan ada kecacatan serious yang tak boleh diselamatkan, dan meneruskan kehamilan ini boleh memudaratkan kesihatan ibu. Apa yang Puan Boleh Buat, ialah meneruskan kehamilan Puan di hospital kerajaan yang membiayai penjagaan kesihatan Puan sampai sudah bersalin, dan memberikan anak Puan sebagai anak angkat kepada pasangan suami-isteri yang tidak mempunyai anak. Apa yang Puan Boleh Buat, ialah dapatkan kaedah merancang keluarga yang lebih berkesan untuk Puan selepas sudah bersalin, seperti alat IUCD di dalam rahim atau susuk implant, sebab kedua-dua kaedah ini hukumnya HARUS di dalam Islam untuk pasangan suami isteri yang ada kekangan ekonomi dan dibenarkan oleh Undang-Undang Malaysia. Sekiranya Puan ada masalah kesihatan yang serious termasuk masalah kesihatan mental, sila ke klinik kesihatan dan minta rujukan ke Jabatan O&G untuk mendapatkan penilaian kesihatan oleh pakar. Jangan sangka kalau anda buat hubungan kelamin anda tak akan tersangkut. Jika anda tak bersedia untuk kehamilan, anda gunakanlah kaedah merancang keluarga yang lebih berkesan dari pil perancang. Ingat tau: 1) Jika 1000 pasang suami isteri membuat hubungan kelamin dan gunakan kaedah pullout atau pancut diluar, di dalam masa satu tahun, 250 orang akan hamil juga. 2) Jika 1000 pasang suami isteri membuat hubungan kelamin dan gunakan kaedah condom, di dalam masa satu tahun, 180 orang akan hamil juga. 3) Jika 1000 pasang suami isteri membuat hubungan kelamin dan gunakan kaedah pil perancang keluarga, di dalam masa satu tahun, 90 orang akan hamil juga. 4) Jika 1000 pasang suami isteri membuat hubungan kelamin dan gunakan kaedah suntikan depo-provera m, di dalam masa satu tahun, 60 orang akan hamil juga. 5) Jika 1000 pasang suami isteri membuat hubungan kelamin dan gunakan kaedah alat IUCD di dalam rahim, di dalam masa satu tahun, hanya 8 orang akan hamil. 6) Jika 1000 pasang suami isteri membuat hubungan kelamin dan gunakan kaedah alat Mirena IntraUterineSystem berhormon di dalam rahim, di dalam masa satu tahun, hanya 2 orang akan hamil. 7) Jika 1000 pasang suami isteri membuat hubungan kelamin dan gunakan kaedah susuk implant berhormon, di dalam masa satu tahun, hanya 0.5 orang akan hamil, iaitu 1 dalam 2000 pengguna. Apa yang anda perlu tahu, semua kaedah merancang keluarga adalah harus di dalam Islam untuk kesihatan dan kebahagiaan keluarga, sebab ia boleh reverse, tidak menyebabkan pemandulan, dan anda boleh subur semula setelah berhenti menggunakannya. Tetapi anda mesti ingat kesuburan anda bergantung kepada usia anda. Kalau anda menggunakan kaedah merancang keluarga dari umur 30 tahun sehingga umur 37 tahun dan kemudian berhenti menggunakan kaedah merancang keluarga pada usia 37 tahun, kesuburan anda tidak lah sebaik semasa anda berumur 30 tahun, jadi jangan tuduh kaedah merancang keluarga itu penyebab anda kurang subur, sedangkan anda sudah berusia lebih tua dari dulu. Sekian, terimakasih Dr Imelda Balchin Consultant Specialist in Obstetrics & Gynaecology Subspecialist in Maternal & Fetal Medicine MSc in Public Health Social Media Influencer for Health Advocate for Women Empowerment Marathon Runner
Baca lagiSetahu saya dalam Malaysia ada undang-undang. Mmg doktor takkan gugurkan selagi tidak memudarat atau tidak memberi risiko kepada ibu. Sy faham situasi awak jadi taknak judge lebih-lebih. Benda dah jadi apa boleh buat. Apa kita buat skrg, minta nasihat dgn doktor apa next step dia. Adakah ia akan memudarat kesihatan fizikal dan mental awak? Kalau doktor rasa boleh teruskan kandungan awak. On je. I'm sorry but suami has no say in this. Walaupun sy faham apa yg dia risaukan. Tapi ada undang-undang tau, tak boleh suka hati cuci-cuci. You both need to talk this out, bincang dan plan bagus². Mana yang boleh kurang kan, kurang kan. Contohlah, kalau suami suka beli barang2 kereta. Kena hentikan dulu sampai kewangan kembali stabil. Nak ada anak mmg kena sacrifice something. Mmg tak senang. You both need to work this out ya. jgn stress dan gaduh-gaduh. Dalam perkahwinan bukan seorang je, ada dua orang. Sama-sama kena bersatu utk menyelesaikan masalah. Lepas lahirkan kandungan ni, awak boleh lah berbincang dgn suami ttg family planning ya. Masa bersama pakai kondom ke, awak pakai implan ke atau makan birth pills ke. Ikut nasihat doktor supaya tak mengandung lagi. Pregnancy has already take a toll on your body. Badan awak perlukan rehat juga. Semoga urusan awak dipermudahkan. ❤️
Baca lagikita ni dah jadi ibu bapak kena bertanggungjawab atas tindakan & badan sendiri. kalau nak tunggu appointment KK tapi nak sangat bersama kenalah pakai protection. kondom, pill & morning after pills pun berlambak boleh beli over the counter. Kita pun tau risiko bila bersama tapi tak pakai protection apa akan jadi, anak awak pun dah 3 takkan tak tahu lagi kot? sekarang dah termengandung nak cuci pulak? bab agama saya taknak lah sentuh sebab pepandai lah sendiri tapi kalau nak cuci bukan senang sis. kena dapatkan consult doktor, kalau betul berisiko baru dr akan decide utk gugurkan. gugurkan kandungan tanpa medical reason salah disisi undang2. and please jangan pandai2 makan ubat ke , tumbuk perut ke, jumpa mak bidan ke utk gugurkan. nak taknak kena dapatkan nasihat doktor. kalau apa2 jadi pada awak semasa proses penguguran siapa nak jaga anak yg ada tu? gugurkan kandungan bukan semudah nak buat anak, risiko kesihatan diri pun kena amik kira. lepas ni tolong lah bertanggungjawab pada diri sendiri, jgn tggu org lain buat tindakan utk diri awak. nak bersama kena ada protection kalau taknak mengandung, full stop!
Baca lagiRezeki dari Allah. Macam mana pun terima dan berserah pada Allah dulu. Jumpa doktor untuk dapatkan nasihat. Faham keadaan sis. Cuma, nak kongsi cerita. Kakak saya dulu hampir nak gugurkan anak ke4 dia. Tapi atas nasihat semua orang, tak jadi nak gugur. Sebab jantung bayi masa scan tu buat kita menangis tengok. Tak sanggup. Amanah Allah. Kakak saya simpan dan jaga kandungan dia. Masa dia 38weeks. Arwah ayah kami meninggal. Muka anak tu sebijik arwah ayah kami, betul2 pengubat rindu. Dan masa anak tu umurnya belum sampai 2 tahun, ayahnya meninggal di sebabkan covid. Anak tu la sumber kekuatan dan penghibur kakak saya. Bila anak2 semua pergi sekolah, anak bongsu ni la peneman kakak saya. Bukan nak buat sis down. Maafkan saya 🙏🏻😭 tapi nak beritahu Allah takkan saja2 beri dan semua benda ni bersebab. Sabar tawakkal dan berserah pada Allah. Kita nak fikir fikir, mmg sakit kepala. Serahkan pada Allah. InshaAllah nanti hati tenang. Mudah urusan. Allah yang atur semuanya ya. 💕 kuat ya sis 💚💚💚
Baca lagiAllahuu kenapa lah dah jadi baru suruh gugur lah apa lah. nak gugurkan ni hanya doktor saja boleh nilai & bg keputusan. itu pun atas dasar kesihatan & high risk. kalau doktor tgk masih ok, mmg kena teruskan jua. masa bersama suami tak pakai kondom ke? kalau tak mesti tak mengandung, kan? puan pun kena cakna juga ttg ni. anak sebelum ni sgt2 kecil lg & mcm2 masalah ada masa puan mengandung, puan masih tak berjaga2? sepatutnya puan makan pil perancang dulu kalau kata kemudian nak implan ke apa sbb nak elak jadi mcmni lah. dah makan pil pun boleh mengandung apatah lg tak ada apa2 perancang. skrg ni mmg puan kena ke klinik & jujur dgn keadaan puan. berdasarkan risiko yg puan tulis tu, mesti puan akan dirujuk ke pakar. so kt pakar bincang lah elok2 & tgk apa pakar nilai. cuma lepasni tolonglah jgn jadi lg mcmni. kesian badan, kesian anak2.
Baca lagiNegara malaysia ni la paling senang rasanya bab merancang.. Semua kerajaan sediakan.. Masa kt hospital lg org dr perancang keluarga siap2 edar risalah.. Keluar wad boleh trus pegi.. Adoii semoga dipermudahkan urusan ibu ni
Gugurkan bukan solusi dalam islam. Saya faham segala kerunsingan husband puan. Namun, better puan consult dahulu dengan doktor, if it is indeed high risk pregnancy dengan tahap kesihatan puan yang tak begitu baik, lebih baik doktor sendiri yang advice untuk gugurkan. Sekiranya boleh diteruskan, teruskan jaga kesihatan puan dan baby dalam kandungan, dan berbincang dengan husband untuk approach jabatan kebajikan masyarakat. Saya ada kenalan yang juga kewangan tak stabil, dia serahkan anak dia kepada jkm, lepas tu jkm serahkan kepada mereka di luar sana yang begitu mengharapkan untuk ambil anak angkat. Jangan risau juga, kerana jkm akan buat tapisan yang begitu teliti untuk memilih ibu bapa angkat yang terbaik.
Baca lagimcm saye skang tgh preggy baby yg ketige . mase first dpt tau preggy num 3 ,cik suami suruh gugurkn . .then saye suruh cik suami tanye kos pengguguran ,,bile dgr kos hampir cecah rm1k ,,trus cancel n teruskn jugak ntok preggy baby num 3 ni .tak sanggup bile suruh gugurkn disebabkan kewangan . Saye suruh cik suami pikir masak-ii ,n Alhamdulillah tak jadik gugur n akan jage smpay dilahirkan .Rezeki dimane-ii n percaye ketentuan Allah .
lebih baik sis rujuk ke doktor . pekakkan telinga bila kena marah sbb risiko atas diri sis Dan suami , jadi sama2 kena hadap untuk menyelamat kan anak dalam perut serta baby d luar , jangan ambil risiko cuci perut rezeki susah nak dpu ramai lagi yg menanti zuriat sis , bawa2 tawakkal Dan redha Dan bnyk kan berdoa , lebih baik rujuk doktor dulu , pilihan doktor adalah yg terbaik untuk kesihatan Dan mental sis Dan anak2 . bayi dlm perut tida bersalah tiada ajaran Islam seprti itu . anggap sahaja rezeki sis Dan suami , Dan berfikir secara matang , suruh suami bawa sis ke hospital buat checkup and everything. igt kesihatan badan Dan anak2 penting . Anak2 perlukan ibu mereka , semoga dipermudahkan urusan sis Dan sekeluarga ☺️.
Baca lagiJgn cuci. Percaya pada rezeki. Rezeki utk anak2 ada. InshaAllah. Yakin, usaha, tawakkal. Ramai org diluar sana yg inginkan anak, tapi tidak diberikan rezeki utk menjadi ibu bapa lagi. Allah beri rezeki, dgn hadirnya lagi zuriat yg kedua ni. Kerana Allah tahu bila waktu yg terbaik. Terima lah anak ini, Letak kepercayaan pd Allah. InshaaAllah dgn itu menjadi asbab Allah hadirkan rezeki yg tidak putus2 utk sis dan suami. Boleh jadi suami dinaikkan pangkat, diberikan peluang kerja yg lebih baik dan gaji lebih tinggi atau yg lain. Bersangka baik, berfikiran positif. Blh jd, anak ini anak yg baik soleh/solehah yg dpt bawa kebaikan di akhirat kelak. Ini adalah amanah Allah. Jaga la dgn penuh kasih sayang.
Baca lagiKalau jadi macam ni, semua akan cakap masa sedap tak fikir ke. Semua nak confemn ibu tersebut. Tak terasa kesian ke kat dia? Baru je bersalin tiba2 pregnant lagi. Dah lalui proses mengandung n beranak yg sangat perit. Terpaksa kena lalui lagi dalam masa yg singkat. Cuba bayangkan kalau kita kat tempat dia, stress mcm mana ye agak2. Benda dah jadi.. kita comfort je dia bagi kata semangat yang lembut2. Ingat dia nak ke gugurkan baby dia tu. Bagi nasihat tu jangan la sampai menghina. Semoga urusan ibu dipermudahkan ye..
Baca lagikesian tak kesian benda dah jadi. nak gugur kena dptkan penilaian pakar. bukan ikut kita eh badan aku tak ok, eh haritu alahan sampai beranak. no. andai kata doktor ckp ok je nak teruskan ni sbb muda lg & alahan tiap anak tak sama. still rasa nak gugur? tepuk dada tanya dosa. kalau mmg kewangan tak izinkan, lepas beranak cari keluarga angkat/serahkan ke jkm. pasti ramai yg akan bg kehidupan lebih baik pd anak tersebut.
Dua2 awk dan husb dah besar pndi fkir psl ni, bru 3bln bby tu patut klu dah nak bersama dgn husb kena la merancang btl2 bukan nak rasa senang je tiap kali buat. Allah kmi smua yg komen sni pn insan biasa sbb kmi x brda dlm situasi awk tp tolong fikir btl2 bab nak cuci baby tu. Kesian dia, bukan dia nak pn sbnrnya hadir dlm dunia ni tp atas tindakan suami isteri jg. Tnya dr yg lebih tahu tentang ni dlu jgn terus2 cop diri sakit bnyk mslah sbb hnya dr pakar yg dpt suggest boleh cuci ke x kndungan tu. Doa bnyk2 semoga semuanya dipermudahkan..
Baca lagiSetuju