Baby baru 3m ++ tapi mengandung lagi..tolongggggg

Saya serba salah sebab suami suruh cuci,katanya tak mampu utk byr pengasuh kemudian hari sbb tanggungan kini hampir rm1500 tiap bulan utk pengasuh dan taski anak2 seramai 3 org,malahan previous baby baru menjangkau 3bulan lebih. Saya belum berkesempatan utk ikat atau implant krn doc nak bagi appointment lain sbb mase tu saya svd deliver jadi tak bole terus ikat..nak pakai implant pulak kena appointment dulu,last2 sangkut. Saya nak baby ni tapi keadaan kesihatan n badan tak izinkan,ade darah tinggi dan hampir 5bulan akan morning sickness teruk sampaikan prrvious pregnancy saya ditahan di wad hospital kerana tidak bole makan atau minum,akan muntah semula sampai buah pinggang kecut. Allah je tau sakit hati dan serba salah saya dgn keputusan suami suruh cuci kandungan ni.

51 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

kita ni dah jadi ibu bapak kena bertanggungjawab atas tindakan & badan sendiri. kalau nak tunggu appointment KK tapi nak sangat bersama kenalah pakai protection. kondom, pill & morning after pills pun berlambak boleh beli over the counter. Kita pun tau risiko bila bersama tapi tak pakai protection apa akan jadi, anak awak pun dah 3 takkan tak tahu lagi kot? sekarang dah termengandung nak cuci pulak? bab agama saya taknak lah sentuh sebab pepandai lah sendiri tapi kalau nak cuci bukan senang sis. kena dapatkan consult doktor, kalau betul berisiko baru dr akan decide utk gugurkan. gugurkan kandungan tanpa medical reason salah disisi undang2. and please jangan pandai2 makan ubat ke , tumbuk perut ke, jumpa mak bidan ke utk gugurkan. nak taknak kena dapatkan nasihat doktor. kalau apa2 jadi pada awak semasa proses penguguran siapa nak jaga anak yg ada tu? gugurkan kandungan bukan semudah nak buat anak, risiko kesihatan diri pun kena amik kira. lepas ni tolong lah bertanggungjawab pada diri sendiri, jgn tggu org lain buat tindakan utk diri awak. nak bersama kena ada protection kalau taknak mengandung, full stop!

Baca lagi