Rasa sengal di tempat jahitan
Hi! Saya selamat bersalin normal January lalu. Tapi skrg saya rasa sengal2 kat bekas jahitan esp kalau jalan banyak or mencangkung. Normal ka ya?

Saya baca article Letak pek ais di tempat kawasan jahitan. Ais akan membuatkan kawasan luka ‘rasa kebas’ lalu kurangkan rasa sakit. Rendam punggung dalam bekas air suam. Kemudian campurkan larutan antiseptik bagi membasuh kotoran di sekitar luka. Jika bersendirian dalam bilik, dedahkan luka supaya cepat kering. Kemudian buka kipas supaya pengudaraan lebih baik. Jangan terlalu lama berdiri dan duduk. Hal ini kerana luka yang ingin sembuh akan membengkak apabila tidak cukup rehat dan berbaring saja adalah tak bagus. Jadi berjalan perlahan-lahan di sekitar rumah supaya luka cepat sembuh Jika luka berair. Masukkan kain kasa ke tempat jahitan. Namun jika keluar darah, nanah atau berlendir, anda perlu segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Jika rasa sakit atau demam ringan, anda boleh makan paracetemol 500mg setiap 6 jam tapi bila sudah sembuh elakkan makan ubat terutama ibu yang menyusukan bayi Luka ini akan sembuh dalam tempoh dua minggu hingga enam bulan. Benang jahitan juga akan tanggal dengan sndiri tanpa perlu berjumpa doktor. Kebanyakan benang yang digunakan hospital kini juga akan larut sendiri dalam kulit, jadi tidak perlu ke hospital semula untuk mencabut benang.
Baca lagi