Susah tidur malam
Saya sekadar nak kepastian ? Baby boy saya 48 hari. Lahir pada 36weeks 2 days (borderline premature), 2.62kg. Dah 3 malam dia susah tidur. Dia akan menangis / merengek then kami akan bagi susu (3oz, formula) then dia akan burp. Kadang-kadang dia akan relax kejap before sambung menangis / merengek semula. Some other times dia akan sambung menangis / merengek lagi. Bila dia sambung menangis / merengek after the first feed, kami akan buat susu lagi dan lagi dan lagi ? Setiap tambahan susu tu antara 1-3oz. Sometimes habis, sometimes tak. So far, dia kentut banyak (saya letak minyak telon), berak kuning kehijauan, 1-2x sehari, burp setiap kali susu, kerap tukar pampers (kot-kot dia tak selesa walaupun kadang tu pampers kecil lagi), dia tidur meniarap (dah pandai pusing kepala sendiri). Siang hari kadang-kadang ada masalah ni. Kadang-kadang, okay je dia tidur balik lepas susu. Siang hari dia tidur dalam cot or atas tilam baby atas katil besar. Malam hari dia akan co-sleeping dgn saya. Boleh puan-puan bantu saya clarify apa yang membuatkan dia susah tidur malam? Susu tak sesuai ke? Masih dalam transition siang-malam ke (tapi before 3 hari lepas, dia okay je)? Sakit perut ke? Or memang pe’el dia je? ? P/S. Dia pernah masuk NICU 11 malam. Nurse bg Frisolac, dia tak sesuai. Bagi NAN HA, sesuai tapi koyak poket ? Bagi Dupro 1, dia kembung and macam tak kenyang-kenyang. Now dia minum S26 SMA. Saya sempat breastfeed dia 2 weeks sahaja before susu saya kering ?
mom of 5 precious child