Sebak tengok wallet suami
Saya sedang mengandung 2 bulan, selepas 6 bulan keguguran dan beransur pulih,saya disahkan pregnant sekali lagi, tekak teringin nak makan kerang bakar cicah air asam dengan ulam raja,buka dompet suami hanya tinggal rm12, sebak rasa hati, hati terpikir dan kenang suami pergi kerja tak makan ke kalau hanya rm12, beras pun xberapa nak ada, sebab suami baru kerja,kami pindah ke tempat baru ngam hujung bulan September sebab suami tak ngam ibunya sendiri, alasan pindah sebab ibunya cakap anaknya sakit sebab malas kerja walhal suami saya sakit tisu bontot koyak sbb angkat berat barang niaga nya, ibu dia tak percaya.. saya sedih sangat dengan ibunya takde tanya khabar suami macam mana lepas check up hospital.minta bantuan ibunya jika boleh hulurkan beras atau wang,dengan senang dia marah saya, mintak dekat laki kau,siapa suruh pindah, pandai2 hidup,sayu rasa,dh 2 minggu makan roti biskut kering je ngn suami, 22hb nk pergi checkup duit xberapa ada nak ke kkm, rm12 untuk hingga hujung bulan,doakan suami saya murah rezeki,dalam menaip sambil menitik air mata kenangkan nasib sendiri #firstmom
i'm da simple person ✌