Rasa pelik

Saya rasa pelik la dengan ibu mengandung dalam apps ni. Kadang2 baru 2 bulan lebih dah sebok tanya kenapa tak nampak perut macam mengandung la apa la. Saya ni dah masuk 8 bulan dan masih lagi tak nampak langsung macam orang pregnant. Saya aktif masa sebelum pregnant. Saya masih lagi bekerja dan kerja saya pula ialah guru renang. Bagi saya lebih baik tak nampak daripada nampak perut tu. Perut tak besar, takdela penat nak bawak perut. Perut tak besar, takdela bengkak kaki. Perut tak besar, tak perlu dah nak beli baju maternity dan dapat buat penjimatan dekat baju dan boleh beli barang keperluan baby nanti. Kalau rasa risau, check dengan doc. Sepanjang saya pregnant ni, hanya 3 kali sahaja scan. 1st scan nak confirm nampak kantung, 2nd scan untuk detail scan, 3rd scan untuk 3d4d. Nanti last scan mungkin masa check kat KK minggu 36.

45 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Dah malas sebenarnya nak komen. Nanti kata negative sgt. Dah nak jadik mak, tp perangai budak2. Mcm org tak reti membaca pun ye. Rajin2 kan la diri tu membaca.. Baca article, baca blog, tgk YouTube. Semua org ada smartphone kan... Sy rasa admin kena selalu up & highlight kan search feature 🔍 yg disediakan dekat atas tu..

Baca lagi