Rasa pelik

Saya rasa pelik la dengan ibu mengandung dalam apps ni. Kadang2 baru 2 bulan lebih dah sebok tanya kenapa tak nampak perut macam mengandung la apa la. Saya ni dah masuk 8 bulan dan masih lagi tak nampak langsung macam orang pregnant. Saya aktif masa sebelum pregnant. Saya masih lagi bekerja dan kerja saya pula ialah guru renang. Bagi saya lebih baik tak nampak daripada nampak perut tu. Perut tak besar, takdela penat nak bawak perut. Perut tak besar, takdela bengkak kaki. Perut tak besar, tak perlu dah nak beli baju maternity dan dapat buat penjimatan dekat baju dan boleh beli barang keperluan baby nanti. Kalau rasa risau, check dengan doc. Sepanjang saya pregnant ni, hanya 3 kali sahaja scan. 1st scan nak confirm nampak kantung, 2nd scan untuk detail scan, 3rd scan untuk 3d4d. Nanti last scan mungkin masa check kat KK minggu 36.

45 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sy slalu tgk perbandingan size baby dekat app.. kalau 3 bulan besar jambu batu.. so takkan nak expect perut besar tembikai.. hehe.. sabar ye ibu2 😁

6y ago

setuju. benda boleh belajar sendiri, boleh agak sendiri janin besar mana. google jelah kan. Excited pun jgnlah sampai buat org lain annoyed dgn soalan tak logik. Maybe yg bertanya tu belum cukup matang.