Keputihan atau air ketumban?

Saya ni tak pasti lah bau air ketumban nya macam mana tapi celah peha saya ni tetiba rasa berair. Tp sikit ja, Risau jugak, td petang dah ikut tips google, monitor dngan panty liner. Then pastu jalan dn baring selama 30 min but takde keluar air pun sperti apa yg dmaksudkan. And baru ni jd lagi, tadi celah peha rasa berair. confuse jap, btw saya ada keputihan tp tak heavy. patut ke esok gi klinik?

8 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Kadang-kadang, memang agak sukar untuk membezakan antara air ketuban dengan keputihan, terutama sekali apabila kuantitinya sedikit. Berdasarkan pengalaman saya dan juga apa yang telah saya pelajari, ada beberapa perkara yang boleh anda perhatikan: 1. **Ketebalan dan Warna**: Air ketuban biasanya lebih cair dan jernih atau sedikit kekuningan. Keputihan pula cenderung lebih pekat dan putih atau kehijauan. 2. **Bau**: Air ketuban biasanya tidak mempunyai bau yang kuat atau mungkin berbau manis. Keputihan pula mungkin berbau masam atau tidak sedap. 3. **Kuantiti dan Waktu**: Air ketuban biasanya keluar dalam jumlah yang lebih banyak dan berterusan. Jika hanya sedikit dan sekejap-sekejap, itu mungkin keputihan. 4. **Rasa di Badan**: Kadangkala, air ketuban boleh menyebabkan rasa lembap yang berterusan pada pakaian dalam, manakala keputihan biasanya tidak begitu terasa selepas ia kering. Namun, adalah lebih baik jika anda mendapatkan pengesahan daripada pakar perubatan. Tidak salah untuk berhati-hati, terutama sekali jika anda risau. Saya cadangkan anda pergi ke klinik esok pagi untuk mendapatkan nasihat dan pemeriksaan lanjut. Doktor boleh melakukan ujian spesifik untuk menentukan sama ada cecair tersebut adalah air ketuban atau keputihan biasa. Ingat, keselamatan ibu dan bayi adalah yang paling utama. Jangan teragak-agak untuk mendapatkan bantuan profesional apabila merasa ragu-ragu. https://invl.io/cll7hzz

Baca lagi

mula2, try pakai pantiliner dulu... tgok ade leaking lg x... dia antara 2, sama ada leaking ketuban @ keputihan yg teruk.. mcm kes saya, air ketuban leaking pkl 7lebih pagi, sy yakin ketuban, sebab mmg colourless, xde bau, & menitik agak byk, walaupon sikit, lepas dilap... pg hospital, cek, mmg betul sedikit leaking... hari sebelum blik, kene tahan wad, bru dpt detect gbs + candida.., mumgkin ini punca leaking... tapi, kawan sy, sama kes jugak, leaking lebih byk dr saya, pantiliner sampai basah, bile pg hospital, doktor detect keputihan... bukan ketuban.. so, dia x kene tahan la.. so, better puan pegi ospital trus utk check, yg mana 1

Baca lagi

terus pergi PAC untuk buat swab test dekat bawah tu yea..kes sy 36w dtg PAC untuk check pakar baby kecil dalam perut shj..tp doc scan air ketuban sikit..buat swab test ada kesan air ketuban..sy sendiri xperasan bila dia keluar sbb xde basah pun seluar dalam ..sy dh selamat bersalin dah semalam.. kes air ketuban bocor ..apa2 rujuk hospital terus ..

Baca lagi

Ke hospital terus untuk scan tahap air ketuban, sy tak alert & ingatkan keputihan, last2 kena admit wad air ketuban terlampau kurang & esoknya emergency czer sbb fetal distress

sy sllu bgn pgi basah ja dkt bwa blm ada pglman lgi air ketuban leaking ni.tpi bila sa cek pkai jari ada keputihan cair? normal ka.. bsh dia tue mcm trkncing dlm sluar

Terus ke pac jumpa doktor check. Sebab even air ketuban pun mmg dia keluar sikit2. Tahu2 je air ketuban dh kurang & baby mungkin dlm bahaya

kalau risau terus ke pac hosp sis ..

Yes please