buku pink

saya nak tnye mana2 ibu2 kat sini ,sy dh 31 minggu ,dulu buka buku pink kat swasta pastu baby ada masalah then kne refer mana2 hospital . bila pegi hosp kerajaan ,dia suh bukak buku pink di kk jgak .sbb hosp kata kalau jadi ape2 ,dyorang kne refer kk bukan klinik swasta tu . jadi ape la guna sy bukak buku pink di klinik swasta ? bukan itu pilihan kita sendiri ke ? confius.sy lebih suka ke klinik swasta walaupun berbayar sbb lebih friendly

11 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Di swasta kelebihan hanya pada selesa dan persekitaran yang kondusif dan segera. Tapi di kerajaan, pakar2 dan alatan semua lengkap di sini. Sebab tu,kes2 berat swasta akan tolak ke kk/hospital kerajaan akhirnya kerana mereka tak mahu menanggung risiko. Diorg ada polisi diorang sendiri. Sebab tu sy prefer kerajaan. Selesa tu mungkin satu kelebihan. Tapi kalau dah anak sakit, atau masa kita rasa sakit bersalin, sama sahaja. Selesa mana pun persekitaran, tetap tak mengurangkan sakit contraction atau jahit selepas bersalin tu. Mungkin dari segi servis atau layanan staff sahaja la beza sikit. So far setakat ni semua layanan yang saya terima di hospital kerajaan sangat friendly dan prihatin. Alhamdulillah. Bab buku pink tu, kalau kk swasta tu buku pinknya tak selari dgn format buku pink kk kerajaan, memang kena register baru kk kesihatan punya. Umpama sis belajar, guna buku format luar dengan format terbitan kementerian pendidikan kita. Aturan silibus semua kita lebih faham di sini banding yang luar. Begitu jugalah dgn buku pink. Ada standard dan aturan untuk rekod kesihatan pesakit yang bersistematik untuk diguna di seluruh KK awam ; supaya mudah untuk rujukan pihak hospital kerajaan.

Baca lagi

Masalah kandungan mmg akan refer ke hospital kerajaan sbb, satu, pakar semua ada di hospital kerajaan dan dua, sebab kos2 rawatan amat2 tinggi di swasta terutamanya kalau ada complication berat. So itu demi kebaikan ibu jugak. Tapi bukan semua kes begitu ye, ipar sye dari hospital swasta sabah dirujuk ke hospital gleneagles kl dan tpaksa branak di situ sebab pakar die mmg ade di gleneagles kl saje, hospital kerajaan sabah pun takde pakar tu. Utk buku pink tu, tpaksa juga buka baru kat hosp. Kerajaan sebab formatnya berlainan kan. Tpi elok juga bawa bersama buku swasta sbb rekod checkup masih boleh refer balik.

Baca lagi
TapFluencer

mcmtu la prosedur swasta sis. dorang nak kes yg senang & tak bermasalah. jika ibu/baby ada masalah sikit pun, terus ditolak ke kk. sbb tu la penting buat buku di kk. mmg menunggu lama & mcm2 ragam tp nak elak benda ni lah. skrg ni sis bawak buku pink swasta tu ke kk ckp swasta suruh refer, tunjuk surat ke apa kalau ada. Insha’Allah senang je kk ni. lg2 sis tak lama lg nak bersalin dah. apapun mmg kena melalui kk dulu sbb hosp gov takkan terima buku swasta.

Baca lagi
2y ago

kalau mcm kes sy, utk 2nd baby mmg terpaksa utk buka buku dkt klinik swasta.. sbb swasta saja yg boleh check waktu weekend.. sy hanya cuti sabtu dan ahad.. kalau sy bukak buku pink dkt kk pon sy xboleh nak commit dgn waktu checkup dkt kk. saya kerja disektor swasta tmbh2 pula dalam bidang contruction dn susah nak cuti. misi kk tmpt sy tahu, sy bukak buku pink dkt swasta, sbb sy pernah tnya boleh ke nk checkup hari weekend dkt kk, dorang ckp kalau utk ambik drh dgn test kencing tu boleh la.. utk jmpa doctor mmg hari biasa.. huhu

sepupu Sy mcm sis lah ..buka swasta, pastu ada masalah refer kerajaan..mmg die kena buat jugak buku pink kk tu.. kerajaan mmg lebih details..nk kata nk yg friendly tu,skrg ramai je nurse Dan dktor kerajaan yg friendly..biase lah kdg2 klau jumpa yg yg x ok tu..mgkin sbb terlalu ramai pesakit...terlalu byk kerenah...tpi kte fikir Ibu Dan bayi Dlm kandungan perlu dititik beratkan..dri pelbagai segi...

Baca lagi

Sama mcm sy buka buku & check up di swasta tp time 22w swasta transfer sy ke kk, bila pegi kk kena buka buku baru & buku swasta tk guna pom rasa dlm hati Ya Allah membazir nyeee buka buku swasta 😒 tp apa pom di kk nurse/ doktor pom friendly juga & bg sy kerja diorg lebih detail. Walaupom kena transfer di kk kalau nk bersalin di swasta pom tk de masalah pom

Baca lagi
2y ago

Tk marah pom yunk, bgtau swasta suruh dtg kk nanti dia tengok buku pink swasta tu dia akan tahu masalah kita, jgn takut ya mommy😍

sya 3x bersalin, 3x jg buat buku kat swasta tp 3 3 bersalin kat hosp gov . alhamdulillah, hosp terima saja sbb check up semua details je . mmg klinik swasta pesan awl, kalo ada masalah dorg akn refer jg ke kerajaan tp syukur sepanjang kehamilan sya dan baby xda apa2 mslh kesihatan.

Kenapa tak bukak buku kat kk then kalau scan ke minum gula ke pergi je klinik swasta saya selalu macam tu sebab kalau check swasta dye tak masuk dalam sistem kalau check kerajaan kk dye masuk dalam sistem so senang lah nak pergi bersalin mana2 hospital kerajaan

Prosedur hospital gov mmg begitu. Utk kes kecemasan nk bersalin je br terima tanpa buku kk sbb swasta dan kk lain cek detail. Alhamdulillah putrajaya ni doc n nurse kk baik2 xlamapun tgu cekup biasa. Nk cpt amik ptg xde org

lebih baik buka di KK tapi klu sis nk buka jgk dia swsta terpulang..nk selamat sis buat ja 22 buka..bukan apa klu jd apa² kdg² hosptl swsta pon akn sruh kta refer krajaan jgk..

Sbb tu kebanyakan ibu2,kalau nk swasta diorang pastikan ada buku pink kk juga,sbb nanti susah kn dri sendiri..sbb swasta diorang tidak cek semua mcm kk kerajaan