buku pink
saya nak tnye mana2 ibu2 kat sini ,sy dh 31 minggu ,dulu buka buku pink kat swasta pastu baby ada masalah then kne refer mana2 hospital . bila pegi hosp kerajaan ,dia suh bukak buku pink di kk jgak .sbb hosp kata kalau jadi ape2 ,dyorang kne refer kk bukan klinik swasta tu . jadi ape la guna sy bukak buku pink di klinik swasta ? bukan itu pilihan kita sendiri ke ? confius.sy lebih suka ke klinik swasta walaupun berbayar sbb lebih friendly

Di swasta kelebihan hanya pada selesa dan persekitaran yang kondusif dan segera. Tapi di kerajaan, pakar2 dan alatan semua lengkap di sini. Sebab tu,kes2 berat swasta akan tolak ke kk/hospital kerajaan akhirnya kerana mereka tak mahu menanggung risiko. Diorg ada polisi diorang sendiri. Sebab tu sy prefer kerajaan. Selesa tu mungkin satu kelebihan. Tapi kalau dah anak sakit, atau masa kita rasa sakit bersalin, sama sahaja. Selesa mana pun persekitaran, tetap tak mengurangkan sakit contraction atau jahit selepas bersalin tu. Mungkin dari segi servis atau layanan staff sahaja la beza sikit. So far setakat ni semua layanan yang saya terima di hospital kerajaan sangat friendly dan prihatin. Alhamdulillah. Bab buku pink tu, kalau kk swasta tu buku pinknya tak selari dgn format buku pink kk kerajaan, memang kena register baru kk kesihatan punya. Umpama sis belajar, guna buku format luar dengan format terbitan kementerian pendidikan kita. Aturan silibus semua kita lebih faham di sini banding yang luar. Begitu jugalah dgn buku pink. Ada standard dan aturan untuk rekod kesihatan pesakit yang bersistematik untuk diguna di seluruh KK awam ; supaya mudah untuk rujukan pihak hospital kerajaan.
Baca lagi



mummy MDA,dan in shaa Allah juga untk yg bakal lahir tahun 2023