Susu lepas kelahiran

Saya nak bertanya, sejurus lepas kelahiran apa perlu buat untuk keluarkan susu, adakah terus pam lepas2 bersalin tu? Jika baby hisap tetapi hisap kosong bagaimana ya? Jika baby tidak kencing dan berak dalam masa 12 jam tu maksudnya tiada susu kah?

6 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

1) sy ada ternampak awak reply yg awak belom bersalin lagi kan. jadi belom terlambat belajar ILMU PENYUSUAN SUSU IBU. ramai je LACTATION COUNSELOR share ilmu free utk mommy mcm kita. tak perlu bayar pon. kita je kena cari. ilmu tak kn dtg bergolek dkt kita😊. 2) susu badan terhasil sejak usia kandung kita 16minggu. jadi semua mommy ada susu badan. xde istilah susu xde. 3) kena tahu susu diawal kelahiran baby kita panggil susu KOLOSTRUM atau pon LIQUID GOLD. susu ni hanya ada 3-7hari selepas kelahiran baby kita. susu ni likat dn pekat. dn quantity tak banyak. lagi pon baby baru lahir minum xbyk size perut baby baru sebesar buah ceri. 3) sejurus kelahiran baby awak, panggil nurse untuk check lekapan baby awak dekat breast awak. xperlu malu. kena tanya if xtahu. supaya lekapan baby betul. dn baby dpt minum susu awak. baby xkn hisap kosong if baby lekap dgn betul. awak just keep directfeed baby utk bg rangsangan pengeluaran susu badan awak 4) kalau boleh elakkan pump semasa baby bawah 30hari. utk elakkan berlaku nya oversupply.

Baca lagi
Post reply image
9mo ago

saya setuju dgn mommy komen terakhir ni. 1st sekali MINDSET kita. apa yg awak set dlm fikiran awak. Macam saya, saya set kenapa mommy lain boleh produce susu badan utk baby tetapi ak xboleh. Mesti ak pon boleh buat. saya tak jealous dgn amount yg mommy lain dok share tapi saya jadi kan itu sumber inspirasi saya. sbb saya mmg nekad utk bagi susu badan dekat baby walaupon sebagai epmom. awal2 tu mmg struggle. masa pump susu pernah je tumpah. susu sikit. semua ada. tapi husband keep cakap xpe syg susu badan tu cukup utk baby. dont worry to much. he keep support me. dan benda tu buat sy terus rasa smgt utk buat. then sy berjaya😊. awak kena tahu punca kenapa susu badan makin berkurang. sebab nya DEMAND dan SUPPLY makin berkurang. otak tak terima signal utk produce susu. kak ipar awak lebihkan susu fm dr susu badan. sebab tu susu makin xdk

Baby dengan sis ka? Kalau dengan sis, direct feed setiap 1.5jam. . Nanti baby akan kencing dan berak. Awal2 susu tu pekat, colustrum.. Nanti lepas 3 ke 5 hari baru susu keluar. Dulu masa kat wad, baby tak nak menyusu.. Nak tido je.. Akak katil sebelah saya paksa saya suruh susu kan baby jugak. Pujuk2 jugak baby. Last2 baby kencong berak jugak.. Kalau tak doc x bg discharge. Good luck sis. Join happy breastfeeding kat facebook sis utk tambah ilmu.

Baca lagi
9mo ago

alamak ramai sgt reply tanpa nama. dh slh tengok😅. maaf ya owner. mcm sy haritu pon baby xberak. tapi kencing. awak keep je offer baby susu. sambil baby directfeed sambil awak massage breast awak. selepas baby menyusu awak buat teknik urutan marmet dlm 2minit. kalau boleh susukan baby sejam sekali.

if baby tak susu pun dia boleh 💩 lg sbb masa dlm rahim dia makan air ketuban, sbb tu 💩 warna hitam lendir. puan jgn guna pump, awal2 ni normal je kalau susu keluar setitik setik je, guna tgn takpe (marmet) guna pam risau melecet nipples tu nti sakit tau blh clogged duct & banyak lg yg blh berlaku kalau tak pandai

Baca lagi
9mo ago

kan saiz perut baby kecik, susu ibu cepat hadam.. jd kita masa tu akan rasa baby asyik lapar... tapi sebenarnya bukan asyik lapar sbb tak cukup susu pun.. try la catat pukul brp baby start menyusu. kalau baby sihat 2jam sekali la dia nk susu.. mcm saya dulu saya catat sbb org ckp saya takde susu dan saya sendiri 'rasa' asyik nak susu jee penat lah.. padahal mmg dekat@lebih 2jam.. tak asyik nak susu pun, mmg on time🤣😂

pengalaman anak First dlu pas melahirkan kn sy mmng x air susu keluar tu Nurse ajar urut2 breast + biar baby hisap ja tu nipple.. 2hari sy kat wad ( czer) nurse tu baik dia bg susu formula kat baby sy pas dua hr br meriah air susu..

keep skin to skin dgn baby. baby hisap walaupun kosong akan create rangsangan dan akan signal kat otak ada demand. kalau baby tido boleh cuba marmet. awal kelahiran susu pekat dan tak banyak. nanti lama2 baru byk.

teruskan myusu. awal2 yg keluar hnya kolesteum. keperluan bby di hari 1-4 sedikit shj