Air kencing kotor...

Saya mengandung 13w tp 2 mggu lps buat ujian doc kata air kencing kotor.mggu ni pn masih sama.Siapa ada pengalaman ni blh share x?dan mcm mana nak mengatasinya...

31 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
Expert

Salam sejahtera puan, untuk makluman anda masalah kencing kotor adalah salah satu gejala yang biasa dialami oleh itu hamil. Ini adalah disebabkan oleh rahim yang membesar menekan saluran kencing dan menyukarkan air kencing untuk keluar dengan lancar. Salah satu punca lain yang boleh memburukkan keadaan adalah dehidrasi (kurang minum air) dan tabiat mengelap kemaluan dari belakang ke depan yang memudahkan bakteria masuk ke kawasan saluran kencing. Bagi mengatasi masalah ini, puan dinasihatkan untuk minum banyak air masak dan mengubah tabiat ketika mengelap kemaluan. Pastikan juga puan kerap menukar pakaian dalam bagi mengelakkan jangkitan. Anda juga dinasihatkan untuk mengelakkan minuman berkafin dan tinggi gula. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.

Baca lagi