Saya ibu muda yang mempunyai anak yg berusia 4 bulan sekarang ni. Saya masih tinggal dengan mama saya dikampung disebabkan suami masih lagi kursus. Saya stress sangat dengan mama dan adik saya yang suka sua makanan dekat anak saya yg baru berusia 4 bulan. Masa anak saya umur 2 bulan, adik saya sua aiskrim dekat anak saya, baby sempat jilat ckit. Tadi mama saya sua kopi. Dia cakap bkn kena banyak pon. Lidah dia jilat macam tu je. Memang lah tak kena banyak, sbb mama bagi sudu bekas kopi, so baby terjilat lah ckit. Tp hati ni tak tenteram, risau kalau jadi apa apa. Nak marah pon ada. Dah pesan banyak kali kat diorang, tapi masih sama macam tu jugak. Dah tunjuk artikal baby tak boleh bagi macam macam. Buat jugak. Penat lah macam ni. Apa patut saya buat?