Mama is tired and clueless

Wahai anakku... lagi 2 minggu awak nak masuk 8 bulan masih lagi tak lalu makan nasi Mama is buntu Mama tukar menu hari-hari adik tetap makan 2-3 suap dan lebih banyak minum susu Mama tukar texture pun adik tetap tak selera Mama tahu adik tak suka butter mama dah buang butter mama tumis dengan minyak biasa adik tetap tak makan Nasi yang mama makan pun adik tak makan Mujur la buah makan juga walaupun tak banyak mana Mama celup yoghurt sikit untuk sumber kalsium dan protein Mama is jealous tengok tiktok anak orang lain makan berselera siap habis semangkuk Ada yang BLW Adik tak BLW sebab adik pandai cabut pinggan dari meja dan baling merata habis bersemut rumah Mama is penat nak kemas semua huhu 😭 Mama rasa mama failed sangat jadi mama adik Mama taknak stress mama cakap kat diri mama it's okay nanti adik selera makan Tapi adik tetap sama takde perubahan pun Mama dah mati akal Orang cakap jangan stress pun mama tetap end up rasa stress Mama tak tahu nak stopkan stress ni macam mana dah Papa awak pun tak berapa pandai sangat bab makan awak Mama try untuk educate dia pun dia macam malas nak ambik tahu Mama sedih bila dia kata dia tak tengok pun mama share video TT cara masak makanan baby Mama is alone in this journey dik 😭 Help mama okay 😭 Semoga adik berselera makan Hari-hari mama berdoa supaya adik ada selera makan macam orang lain Mungkin doa mama ada hijab

16 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

mama jangan stress. anak baru nak 8bulan. anak sy dah 2y pun masih memilih makan. ada time nak nasi jeee. ada time nak makan mee je. kadang seminggu tu mee @ spaghetti. ikut je rentak anak. dia makan sikit takpe. tapi kita cuba bagi kerap. macam sy kalau dia nak makan 2,3 sudu je pastu dia tolak cakap taknak, then sy biar tak paksa. tggu sejam dua kita tanya balik or suap dia lagi sambil2 dia main pun boleh. dalam seminggu tu bagi la 2,3 kali anak blw/makan sendiri. nak buat hari2 letih juga nak mngemas kan. bab ni memang kena byk sabar yaa. bila tgk anak sepah2 kan makanan tu tarik nafas dalam2, senyum je. walau hakikat hati terbakar tgk nasi sampai atas kepala anak😂 anggap ni proses blajar mereka. agaknya kita kecik2 dulu pun mcm tu jugak ye 😁

Baca lagi
1w ago

Saya tak buat hari-hari pun BLW tu Ada hari saya cuba ada hari saya bagi dia sudu dan dia suap sendiri Anak saya tak boleh BLW la dia pandai cabut pinggan dari meja dia Suction tu tak cukup kuat mungkin End up makanan semua berterabur Mama is tired kena kemas semua, sapu dan mop segala tapi end up bersemut lantai rumah dan anak pulak mengamuk kalau mama lap badan dia haha! Faham kena sabar kalau kena kemas Tapi mama is just tired

takpe sis. jangan stress. anak saya pun mcmtu, bila kena suap menangis taknak. lama2 saya tak paksa dia makan dah. bagi je makanan apa dia nak walaupun cuma finger foods. skrg anak saya dah 1 tahun 8 bulan, masih picky eater tapi banyak perubahan dah. dia mula makan nasi, makan ayam goreng, ikan goreng dll. tapi semua makanan tu asing. dia taknak nasi campur ikan atau ayam. makan kosong je. lepastu saya topup susu kotak formula farm fresh jugak. tu pun dah cukup happy bg saya tgk anak nak makan. so take your time mama, saya dulu pun jealous tgk anak org lain selera makan. tips saya hari2 make sure masak je protein utk dia walaupun sikit dia makan. biar dia terbiasa sampai lah dia suka utk makan. insyaAllah mama boleh :)

Baca lagi
2w ago

Anak saya sekarang pun setahun 8 bulan kurang makan . Masa mula2 tu stress juga asal masak buang jer . Tapi masak juga tukar2 menu . And anak saya ni suka nasi putih kosong je . Lagi2 makan dkt luar banyak juga dia makan . Kadang saya buat juga bubur nasi cuma tak blend, cepat die makan sebab tak kunyah 😅 Kalau dkt rumah suka finger food, biskut camtu . Saya fikir one day dia mesti nak makan macam anak normal yang lain .

jgn tgk anak org sis. mengganggu emosi kita je. fokus anak kita je. pesen dia makan tk mcm org yg jenis makan makan makan. cari resepi cari cara hidang smpai boleh pikat anak makan tkpe, tp tgk byk mana budak tu mkn etc tu jangan. media sosial ni selalunya tayang yg indah2 je sis.edited plk tu. bab suami, biar la dia.. kita siapa la kan nk ubah org, cukup share video pastu sembang2 harapan kita, hasil dia bkn kuasa kita,sabar tau mommy, ure not alone. sy bkn ejen bkn sesiapa jgk, tp blh la jenguk ig amalina mohd daud. semoga jumpa jalan keluar

Baca lagi

sis, nk bg anak makan ni xblh stress2. enjoy je fasa dia. sye xbuat pun blw sbb sye thu betapa penatnyaa nk kne mengemas lps anak hbs makan. sye pernah buat dkt anak 1st, mmg sye surrender. so anak ke 2 ni mmg sye totally suap je. sye bg finger food je untk dia makan sendiri. & sye xkn paksa anak sye makan. sbb sye xnk stress2 mcm sye buat masa anak 1st. sye akn bg je apa yg dia suka makan. janji dia nk makan. sis cuba gapkan waktu susu dgn makan dia atleast 2-3jam sebelum meal dia. kdg dia kyg sbb tu dia xnk makan.

Baca lagi

Hi, cuma nak bagi kata3 semangat. Bab makan ni dari pengalaman, baby bila dia ready to eat dia akan makan. Klau dia xready kita xpayah nak paksa. Mungkin timing dia belum sampai. As long as dia active and healthy then its good. Just keep offering satu hari nanti bila dia ready dia akan makan. Don’t give up. Kalau penat masak hari2 boleh je skip mcm seminggu dua ke then try again. Sebelum 1 tahun mmg susu is main meal for baby. Makanan tu cuma introduction to baby sahaja. Every 2 weeks rehat then kita offer balik.

Baca lagi
1w ago

Terima kasih mommy INSHAALLAH mama will try berehat sekejap And keep offering

mungkin sis boleh cuba semula dari bubur kosong atau ikut semula panduan pemakanan kat buku pink..mungkin baby masih tak biasa dengan tekstur nasi tak payah bertumis bagai..jangan tengok anak org,nanti kita tak puas hati pastu stress sendiri..Untuk support ayah,itu kene ada communication sesama sendiri..same macam suami saya habis semua benda tak pandai..ingat kita jadi ibu ni lahir² je pandai kot,kita pun belajar lah..

Baca lagi
TapFluencer

sama sis mcm anak saya, dia mmg tak lalu makan sampai berat badan pun naik sikit. jadinya saya mmg kerapkan dia susu supaya dia dapat nutrisi dan berat dia still naik naik. skrg dia da 2 tahun, gigi da penuh baru dia ada selera makan balik. rupanya proses dia nak tumbuh gigi buatkan dia tak selera makan. skrg apa kita makan semua dia nak juga. semoga sis sabar dengan proses tumbesaran anak yang pelbagai 🥰

Baca lagi
1w ago

setakat yg sy tahu, kalau nak anak makan mmg kena kurangkan susu. anak tt 8m, susu masih utama so takpela lagi skrg time utk belajar cara makan tkpe la lagi makan main2 pun. 1y nanti baru makan utama susu tu snacking je.

VIP Member

anak saya minat bubur ayam dengn nasi + sup ayam... anak sye umur 8bulaan dia dh makan nasi besar mcm kite makan .. cube sis masak kan dia mknn yg Ade potensi dia makan banyak .sup ayam ke ..sup telur ke.. sup brokoli... bubur ayam ke. mule2 peel anak sye dia kemam la kalau bg ayam TU... lpss TU dia buang. kire makan nasi +sup brokoli je lebih.. dh besar 1y++ bru nmpk dia kunyah ayam tu dh xkemam...

Baca lagi

sabar la..sy pn hadap benda sama..sy smpai left semua group kt fb...da try mcm2 tips kat sna...menu mcm2..bby smpai setahun lebih masi xminat nk makn..bila lalu pos2 org ank dy makan selera tu punca sy stress..so sy ambil kptsn xnk tngo semua tu .bawa enjoy je..xnk strrss2..tpi ttp offer makan pelbgaikn menu.

Baca lagi

My baby pn sama , dah bg multivitamin bru ada okay selera dia , sy akn biar dia xmenyusu 2-3 jam bru sy bg dia mkn tu pun setengah mangkuk kecil ja dia mkn , klu bg susu awal confirm dia mkn 3-4 sudu ja😅 penat lh masak sebb asyik buang bubur je xhbis pn d mkn .