Cara atasi tangan dan lengan lenguh
Saya ibu baru, syukur dikurniakan anak 4 bulan lepas. Saya tak pasti ibu lain hadapinya sebab setakat ni saya baru tanya seorang sepupu saya yg anaknya 5 bulan 10kg. Anak saya 4 bulan 7kg. Dan kami hadapi tangan lenguh dek anak yg semangat. Bukan mengeluh, cuma nak tahu cara atasinya sebab even nak makan pun sakit jika salah pusing. 😅 Apa lagi buat perkara lain. Macam kena karen (elektrik). Nak letak balm, lotion panas , tak kerap letak sebab banyak masa uruskan anak. Anak pun dah pandai hisap tangan kita. Saya ada juga search di internet, memang ada sakit ni bagi ibu yg menguruskan anak. Cara senam pun ada .. Saya memang buat senam tu selalu, tapi beberapa hari ni dah rasa macam karen. Risau juga. Saya pun selepas bersalin, makin kurus setiap bulan dan baru semalam ke klinik mengadu pada doktor, dan doktor arah buat 5 blood test utk dianalisa. Result lg 2 minggu. Sebelum tu doktor kata sebab saya menyusukan anak dgn susu ibu. Tu salah satu sebab saya makin kurus. Dah lah memang kurus, lagi kurus jadinya. Adakah sebab saya kurus, jadi saya hadapi tangan rasa karen tu? Tu pun saya adukan pada doktor. Yang menghadapi situasi macam ni, kalian buat apa ke buat tak tahu je? 😅 #ingintahu #seriusnanya #firstmom #firstbaby #bantusharing #pleasehelp
seorang ibu ❣️