Baby tak nak menyusu

Ibu dah stress bila baby tolak susu.Mase masuk 3 bulan dulu dah buat taknak menyusu direct,pam susu letak botol pun tolak,jumpa doktor sebab kencing dah ada kesan merah dikatanye normal sahaja sebab baby aktif.Doktor suruh topup susu formula pun ditolak nye jugak.Tengah bulan tu okay lah direct susu semula walaupun tak banyak.Masuk 3 bulan dah pandai meniarap tup² seminggu lagi nak masuk 4 bulan buat tolak susu semula.dah buat dream feeding pun same je mengamuk bila suaa last² tidur je lah.Saya pun dah tahap stress duk scroll google tiktok ape benda lagi tah kot ada yg same macam anak saya.Saya nak bawak anak pergi jalan kelua rumah pun takut dia tak nak menyusu dekat luar.Tolong jgn cakap saya salah posisi dan pelekapan menyusu,memang saya nak marah.#bantujawab #SeriusTanya

3 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Bertenang puan. Cool down. Baby ada fasa nursing strike. Anak ada fasa growth spurt. Sementara je fasa tu. Hadapinya dgn tenang. Anak feels u OK. Teruskan offer susu pada anak. Boleh belajar cara tenangkan dan tidurkan bayi di medsos Baby Language. Boleh follow group FB Happy Breastfeeding Malaysia atau follow medsos Owh Didiyana.

Baca lagi
2mo ago

tu pun kene temujanji dulu

Puan duduk area mana? kalau kat Shah Alam ada doc pakar kanak2 cum lactation consultant. Search Kiddo Child Specialist Clinic, minta doc tgk takut baby dehidrasi.. lagi2 takut dia xnak minum sbb ada sakit dalam mulut ke apa..

1mo ago

Baby dah okay walaupun kurang menyusu..sekarang position baring lebih okay untuk baby..baby dah nak masuk 5 bulan,bertahan untuk 6 bulan exclusive dbf

TapFluencer

Gitu lah kalau pakar.