Macamana nak cakap ni??
Saya due lagi 5 hari. Tapi takde tanda2 yang dahsyat pun. Ada lah perut mengeras, tapi tak kerap. Macam malam ni, perut keras, kot lah dah tiba masa kan so saya nak mandi lah dulu sebelum pi hosp, Eh lepas mandi elok jee tak mengeras 😂 ada juga rasa nak terkencing. Senang cite, tanda2 tu semua tak lama pun. Sekejap and tak sakit. Masalahnya, boleh ke kalau time ada tanda tu, nak pi hosp sebab nak check jalan dah bukak ke belum? 😂 kot lah dah bukak tapi saya jenis tak rasa sakit. Pelik ke kalau pi hosp pastu cakap kat nurse tu, “saya nak check jalan” 😂