Saya faham perasaan awak. Saya sendiri ttc 4yrs ni pun terasa setiap kali cakap pasal anak. parents saya akan ngomel "bilalah nak dapat cucu". Macam kena tik4m dgn pisau je hati ni 😢 Family Mertua saya okay je maybe sebab anak2 buah saya pun ramai sangat. Jadinya tak terasa mana. Family saya ni, kami berempat je inc parents. Jadinya, saya +ve. Maybe diorg sunyi. Tengok adikberadik lain dah bercucu.
Beberapa pesan saya nak sampaikan :
1. Boleh terasa hati tapi jgn terlalu larut dlm kesakitan tu.
2. Bincang dgn husb tentang perasaan awk. Hari2 wajib PILLOW TALK. Dengar luahan hati masing2. Jgn simpan. Bila meluah, kita akan lega.
3. Pergilah healing honeymoon berdua. Low budget pun takpalah. Awak berdua je. Nikmatilah masa berdua sebelum ada anak. Enjoy the day!
4. Jauhi berkumpul. If terpaksa & diorang bercakap pasal kita, sindiran halus tu harus kita bagi. Selitkanlah mutiara kata walaupun sebenarnya kita tgh menahan air mata. Jgn duduk lama2 kat situ. Buat je hal lain time2 ada berkumpul. Biarlah org nk ckp kita sombong asalkan hati tak sakit. Saya sendiri merasa perit bila orang bercakap pasal saya & zuriat.
5. Pergilah awak dgn husb jumpa pakar o&g. Cari tahu kenapa awak still tak preg. Jgn jadi mcm saya. Tangguh2 dan masih bercakap "zuriat tu rezeki Allah bagi" sedangkan usaha apa pun saya tak buat masa tu. Tahun ke3 ttc baru saya berani open step pegi klinik nak cek kesuburan dan barulah saya tahu saya pcos.
6. Kita sbg muslim, kita tahu kuasa doa 🥰 Jangan pernah giveup. DIA tahu waktu yang tepat. Amalkan doa mohon zuriat. Al fatihah 41x lepas solat maghrib. Istighfar byk2. Niatkan "jika kerana dosa yg lalu penghalang utk ku punyai zuriat, maka ampunkan aku." Ini yang saya sering buat.
7. Paling penting, JANGAN STRESS. Jaga pemakanan, lifestyle ubah dari tak sihat kpd lifestyle sihat. Diet/bersenam.
Saya kongsi nasihat ni sebab saya laluinya selama 4 tahun ni 🤗 Saya baru je buat hsg bulan 5/2023. Tiada tiub sumbat. Rahim pun cantik. Tedt upt +ve preg 12/6/23 dan keguguran bulan yang sama 19/6/23 (6w). Allah bg saya merasa indahnya tengok upt double line ☺️ Saya sedih sgt2. 4 tahun saya menanti. Macam2 sindiran saya terima. Tapi saya tahu, Allah bagi waktu yang paling terbaik menurut DIA bukan menurut saya 🤗
Sekarang upt saya masih samar dan saya berharap lagi seminggu test upt akan makin terang. Moga preg kalini betul2 menjadi. Doakan saya juga 🤲🏼❤️
Baca lagi