Apa salah saya
Saya cuma nak luahkan.. husband saya caring pasal saya, cuma dia tak boleh nak faham yang perempuan pregnant ni cepat penat, sakit badan & emosi. Bila dalam kereta saya pejam mata walaupun tak tidur, atau bila weekend cuti saya bangun tidur pukul 10 pagi, terus dia cakap saya perempuan pemalas. Padahal hari bekerja saya tak boleh tidur awal, pagi pukul 4 dah bangun siapkan sahur. Lepas subuh terus siap pergi kerja. 5 hari berulang macam tu. Weekend saja masa saya berehat. Tadi masa berbuka mak mertua beli kuih, saya rasa macam teringin sangat saya pun ambil nak makan lepas dah habis makan nasi semua. Then husband cakap, “eh tu ibu belikan untuk awak ke?” Depan big family. Niat dia mungkin bergurau, tapi saya taktahu la saya ni yang kuat beremosi ke macam mana kan.. saya terus bangun basuh tangan. Ibu mertua saya marah husband cakap tak baik cakap macam tu, saya tengah pregnant kan.. lepastu dalam bilik husband marah2 saya, cakap yang saya ni bodoh, tak bijak, tak reti hormat dia, buat perangai depan family dia.. saya rasa sedih sangat.. sebab saya ni kalau bab makanan sensitif sikit. Kalau orang tak bagi makan atau cakap apa2 semasa saya makan, sumpah saya takkan sentuh makanan tu, atau terus rasa berat hati nak makan. Saya tahu, saya ni baru pregnant 9 minggu, mungkin bagi dia awal lagi.. tapi kalau suami sendiri tak boleh nak faham, siapa yang nak faham saya. Bila saya cakap saya tak larat, sakit badan dia salahkan saya sebab drive pergi tempat kerja jauh, suruh berhenti cari kerja baru yang dekat hari2 ulang macam tu. Padahal saya setiap petang masak untuk berbuka satu family (saya duduk dengan family husband), sahur pun tak pernah miss saya bangun awal siapkan makanan. Apa salah saya.. 😌