salam, nak tanya KK memang tak scan ye? untuk 12 week KK takde buat NT scan ke?

saya baru 10 minggu tapi last saya scan 8 minggu. so saya nak tanya, patut ke saya scan 10 minggu ni untuk tengok keadaan baby? scan apa yang patut saya buat selama pregnant ni? sbb ni second baby.. sebelum ni saya keguguran so saya agak risau sikit lah bila tak scan tu hahaha.

19 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Salam, untuk soalan tentang keperluan untuk scan KK pada umur kehamilan 12 minggu dan sama ada perlu dilakukan ujian NT scan, menjalankan pemeriksaan semasa kehamilan penting untuk memastikan kesihatan bayi dan ibu. Bagi kebanyakan wanita hamil, pemeriksaan ultrabunyi biasanya dijalankan di klinik kesihatan atau hospital. Pemeriksaan ultrabunyi pada umur kehamilan 12 minggu mungkin akan melibatkan ujian saringan untuk menilai risiko sindrom Down dan gangguan genetik lain. Sebagai ibu yang pernah mengalami keguguran dan kini dalam kehamilan kedua, adalah normal untuk merasa risau. Oleh itu, amat disyorkan untuk berbincang dengan doktor anda tentang keperluan untuk melakukan scan pada umur kehamilan yang berbeza. Doktor akan memberikan nasihat terbaik berdasarkan sejarah kesihatan anda. Selain daripada itu, menjaga pemakanan yang seimbang, bersenam secara sederhana, dan melakukan pemeriksaan berkala dengan doktor adalah penting untuk kesihatan ibu dan bayi. Sila berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan nasihat yang lebih terperinci berdasarkan keadaan khusus anda. Selamat menjalani kehamilan yang sihat dan gembira! https://invl.io/cll7hzz

Baca lagi

Betul2, saya walaupun anak pertama tetap risau mcm2. Setiap kali tak sedap hati saya akan scan klinik luar termasuk growth scan masa tu bawah 20 minggu, detail scan masa 22 minggu. Tahu2 masa detail scan buah pinggang baby bengkak. Bila saya bagi report scan tu pada KK diaorg just cakp kmmpuan scan diaorg terhad & minta kte followup sndri kt luar🙃. Alhamdulillah haritu 30 minggu saya follow up scan lagi dekat klnik luar (swasta) condition baby makin baik & buah pinggang ukurn normal. Cadgn saya scan dkt klnik luar tapi cari yg harga berpatutn tuk scan kdungn. Mcm klnik swasta saya pergi , setiap hri rabu ada promotion 20% off & memang murah & berbaloi.

Baca lagi
5mo ago

Klinik Myfamily, cuba search ada tak area awk tinggal. Dia mcm dah buka byk cawangan

Takde sis Saya banyak scan kat klinik pakar (gov) dengan klinik swasta je utk tengok perkembangan baby.. klinik swasta saya buat detail scan juga sebab gov tak buat.. klinik pakar tu sebab saya kena refer due to fibroid.. muncul masa saya miscarriage.. dalam tempoh checkup tu saya mengandung pulak masa tu 10w jadi doktor pakar sendiri yg buat follow up + scan setiap bulan.. total 5 kali saya scan dengan klinik pakar sebelum doktor decide saya kena beranak sebelum 38w..

Baca lagi
TapFluencer

KK selalunya akan scan 3x je sepanjang pregnancy. dating scan sebelum 12w, anatomy scan @20w, dengan growth scan around 37w. NT scan cuma akan buat kat klinik pakar @ hospital. KK akan refer ke sana kalau sis pernah ada sejarah anak ada masalah trisomy sebelum ni. kalau sis nak invest sikit buat scan kat luar, best is detail scan around 18-28w nanti. masa ni nanti boleh nak tengok gender terus.

Baca lagi

Kita aritu g scan 6w kat swasta..Ada heartbeat semua..dpt gmbr scan..then bila NK buat buku pink kat kk..time 9week..dorg x scan pon hahah..pelik Aku..dorg pakai gmbr scan yg Kita g klinik swasta Tu..aduii..dorg cuma amek darah..air kencing aje..then tup2 11week Ada appointment utk minum air gula..probably time Tu kot bru scan..hahhaha..jimat betul klinik gomen..takpe..Kita g klinik luar utk scan sebulan skali..Kita ni extra menjaga sikit..

Baca lagi
5mo ago

Bukan jimat sis tapi patient ramai.. Kalau semua scan nak pulun kat kk jenuh la ibu2 mengandung nak tunggu giliran masing2🤣sbb tu wujud klinik swasta

kk biasanya scan masa bukak buku, then xsilap lpstu 20weeks kot. tiap kali checkup mmg akan jmpe nurse je kalau xdek masalah apa2. mmg jarang akan jmpe dgn doctor. kalau sis risau, blh je scan dkt klinik swasta. nnt 20weeks keatas blh buat details scan trus dkt klinik swasta. sye suggestkan buatkan sonobee, harga sgt berpatutan explaination dr sonographer clear n gmbr jelas.

Baca lagi
5mo ago

haah 20w bru ada lagi. sya next month bru buat 2nd scan.

Dengan kk 3x scan. sy dapat scan baby masa 19w n 28w. akan datang 36w last scan. masa 28w tu baru sy tahu jantina baby n sedikit sbyk detail ttg anggota bdn baby, kedudukan baby, berat n pjg baby n air ketuban cukup x dalam rahim pun doktor bagitahu. yg 36w xlama lg. InsyaAllah.

Utk scan dgn harga berpatutan boleh ke klinik yang ada service sonobee, boleh check dlm website sonobee, ada klinik2 yang sediakan service diorg ikot negeri. 2d growth scan utk hari biasa dlm rm28, utk hari weekend rm34 mcm tu. Nt scan waktu 13week saya buat dkt situ

memang mcm tu sis. kk scan dalam minggu² tertentu je. kalau nak buat NT, detail, gender scan semua tu kena buat kat swasta. kalau sis risau dengan kandungan sis, boleh je buat growth scan kat swasta

5mo ago

hi sis..saya dah 21weeks baru minggu lepas hosp besar buat detail scan..Cuba try tanya dulu..gender pun dah tahu sekali..so tak perlu lah ke swasta.

Slalunya KK jarang scan..experience sy smua pn scan 3 kali je dkt KK, masa first buka buku pink, 28w & 36w.. kcuali ada msalah2 tertentu then doctor akn schedule utk scan bbrapa kali.. klu sis nk slalu check kndungan boleh check dkt swasta..