Bayi tidak membesar dalam kantung

Saya ada tengok tiktok. Ada doktor ni share tentang patient dia. Patient dia datang scan. Kantung berusia 9 minggu tapi janin dalam tu berusia 6 minggu. Doktor tu kata kandungan tu tidak menjadi dan akan gugur. Saya nak tanya ada tak ibu-ibu ada pengalaman yang sama? Apa tanda-tanda dia ya? Saya paranoid betul sebab pernah ada sejarah keguguran ni 🥺 semua benda saya risau. Btw saya sedang hamil 8 minggu, last scan pada 5 minggu dan appointment buku pink saya lagi 2 minggu. Saya nak scan banyak kali pun risau, MIL dan mak saya tak bagi saya scan banyak kali takut affect baby katanya.

17 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya ada pengalaman yang macam ni. Tapi masa tu kandungan saya 14 minggu, janin besar 8 minggu je. Apa yang saya perasan kena alert part ni: 1) alahan 1st trimester hilang tiba-tiba. Contoh semalam tak lalu makan, harini tiba-tiba berselera. Tiba-tiba berpinggan habis. Saya perasan ni jadi masa saya antara 8-12 minggu. Silap saya tak tanya doktor benda tu normal ke tak. Lepas 2 minggu masa nak buka buku pink, tiba-tiba heartbeat janin tak ada. 2) Sebelum ni saya scan setiap 2 minggu. Setiap kali scan, tengok panjang kandungan tu naik ataupun maintain je sama dengan 2 minggu lepas. Sepatutnya akan ada perubahan 0.5-1cm setiap 2 minggu untuk 1st trimester. Macam kes saya dulu 2 minggu 3 kali berturut-turut panjang janin tu macam tu je. Silap saya tak tanya doktor kenapa jadi macam tu. 3) spotting berterusan. Walaupun sikit tapi kalau lebih seminggu, saya sarankan pergi scan terus atau consult dengan doktor. Kes saya 2 kali gugur sebab spotting berterusan tu. Ada yang kata normal spotting tu, tapi berdasarkan pengalaman saya. Tak normal kalau berterusan lebih seminggu. Ni berdasarkan pengalaman saya, mungkin ada orang berbeza tak sama macam yang saya alami. Tapi pregnant kalini, memang saya akan check betul-betul perkara di atas. Say we a pun paranoid juga. Setiap kali scan tu berdoa minta janin tu selamat. Yang penting kena positive je. Bayang happy-happy je. Doa juga setiap kali pegang perut minta tuhan lindung janin tu sampai selamat dilahirkan. Semoga baik-baik sahaja untuk puan & kandungan 😊

Baca lagi
11mo ago

*saya pun paranoid. Maaf baru perasan ada typo. Saya taip ni sebelum tidur 😂

1st scan xmembahayakan janin dlm rahim awak. if risau pergi ja scan. awak nak scan setiap hari pon xjadi mslh. skrg awak scan dh boleh nmpk baby dn heartbeat. jadi pergi je scan. yang bahaya kalau awak xray, tapi sekarang teknologi dh canggih. doctor akan tutup bhgian perut kita utk lindungi baby semasa xray. 2nd sy tahu awak paranoid. tapi cuba elakkan utk awak fikir. bila asyik fikir awak akan stress. stress awak boleh effect baby dlm kandungan awak. cuba fikir yg baik2, doa yg baik2. setiap kali habis solat doa minta allah lindung kandungan awak smpi bersalin. doa ibu hamil sgt mustajab❤️☺️. inn shaa allah, selagi awak tak mengalami spotting / bleeding atau sakit perut melampau kandungan awak baik2 sahaja. continue makan asid folid sampai awak buka buku pink nnt sy dn mommy dlm tap ni mendoakan semoga kandungan awak baik2 sahaja.

Baca lagi

saya penah mengalami situasi tu sis semasa first pregnancy. kalau ikutkan tarikh period nak masuk 8weeks tetapi bila scan doc ckap ada kantung cuma takda heartbeat and size kantung masa tu bersamaan dgn 4weeks. doc bagi repeat scan tempoh sebulan. a few days lpastu saya bleeding sikit² lama² makin banyak dan mengakibatkan keguguran. sekarang syukur kepada tuhan, saya dah 6months 2nd pregnancy rainbow baby ❤️ paranoid and trauma tu memang tak boleh nak elak tpi kalau boleh sis jgn stress and jgn overthink. selagi tak ada tanda² yg berbahaya, sis jgn risau ye❤️ yg penting sis amalkan je folic acid and makan makanan yg berkhasiat. kalau nak scan banyak kali boleh je sis. takda masalah pun dekat baby. semoga urusan sis dipermudahkan ya ❤️ jgn stress tau🥰

Baca lagi

sya prnh. 2 kli keguguran 2 kli juga dktr ckp bnda sma janin x sma bsr ngn usia sptutnya. scan bnyk kli xda mslh pn, bt xray tu yg mslh. sya high risk prgnncy stiap bulan dktr akn scan untk tgok pkmbngn bby. alhamdulillah dh jdi todler pn c bby yg kerap kna scan ni. yg pnting mkn mknn bkhasiat, rehat sckupnya, kurgkn atau elak trus stress. normalla rsau. sya pn dh 4 kli mngndung masi rsau klu mngndung trutamnya first trimister sbb dua kli kguguran dua² first trimister. klu ada yg x fhm ke rjin² tnya doktor atau nurse yg cek awk. smoga d prmudhkn urusan awk spnjg mngndung smpaila bsalin. 😊😊

Baca lagi

Macam saya tiap kali pregnant, 1st trimester akan checkup 2 minggu sekali. Buat ultrasound. Sampai nampak uri dah betul2 terbentuk. Time tu baru dr bagi appointment sebulan sekali. Takde apa yang bahaya nya kerap buat ultrasound sis. Ultrasound bukan macam mri & ct scan. Nak scan tiap hari pun boleh kalau sis nak. Yang bahayanya, duit meluncur laju keluar dari bank acc atau beg duit macam air terjun 😆

Baca lagi

faham sis. saya pon pernah gugur dlu. mula2 ade tanda pregnant. sakit dada semua.. tapi sporting coklat2 tu setiap hari. alhamdulillah tahun ni Allah bagi peluang merasainya lagi. mmg trauma. lagi hamil kali ni saya tkde alahan. cuma period lambat dan alhamdulillah tkde sporting ke ape. moga Allah lindung. bykkan istigfar. banyakkan baca doa2 elakkan keguguran. moga Allah bantu..

Baca lagi

Sy pregnent hari tu pun x tally dgn last period sy, spatutnya masa scan baby almost 2 months bila scan kantung saja nmpk, but then kna srh dtg blk 2 minggu kemudian, sebab Dr tu cakap mgkn sy berovulasi agak lewat sbb period sy x regular, kadang 2-3 bulan baru period... hmmm syukur 2 minggu kemudian sdh nmpk smua.. Doa yg baik2 saja yaa sis.. n jgn stress2

Baca lagi

Scan tak membahayakan kandungan pun. Sis kena banyak membaca. Scan ni buakn guna radiation. Guna ultrasound (frequency). So scan setiap hari pun ok je. Size kantung 5 weeks kan ikut scan, nnti pergi balik lagi 2 weeks untuk tengok janin & time tu insyaAllha blh dgr heartbeat dah. Doakan yang baik2 saja

Baca lagi
11mo ago

Scan je sis. Tak semua benda kena bagitau diorang. Scan to ease your mind. Hilangkan risau tu

Saya pun pernah paranoid mcm awk..hari hari boleh dikatakan menangis masa awal kehamilan dulu.. nak elak dari overthinking/ being paranoid ni elakkan baca benda benda yg negative mcm tu. Allah ada, Dia jaga. Ingat tu je. Tawakkal je kat Allah. Dia maha melindungi

jgn terlalu overthinking mommys . nanti stress tu lagi bahaya untk tumbesaran janin dlm kndungan . kita orang muslim ada Allah .. minta kt Allah jaga kan baby doa bnyk2 . ada duit lebh pergi scan tak bahaya pun untk kndungan scan tiap minggu ..