Bayi tidak membesar dalam kantung

Saya ada tengok tiktok. Ada doktor ni share tentang patient dia. Patient dia datang scan. Kantung berusia 9 minggu tapi janin dalam tu berusia 6 minggu. Doktor tu kata kandungan tu tidak menjadi dan akan gugur. Saya nak tanya ada tak ibu-ibu ada pengalaman yang sama? Apa tanda-tanda dia ya? Saya paranoid betul sebab pernah ada sejarah keguguran ni 🥺 semua benda saya risau. Btw saya sedang hamil 8 minggu, last scan pada 5 minggu dan appointment buku pink saya lagi 2 minggu. Saya nak scan banyak kali pun risau, MIL dan mak saya tak bagi saya scan banyak kali takut affect baby katanya.

17 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya ada pengalaman yang macam ni. Tapi masa tu kandungan saya 14 minggu, janin besar 8 minggu je. Apa yang saya perasan kena alert part ni: 1) alahan 1st trimester hilang tiba-tiba. Contoh semalam tak lalu makan, harini tiba-tiba berselera. Tiba-tiba berpinggan habis. Saya perasan ni jadi masa saya antara 8-12 minggu. Silap saya tak tanya doktor benda tu normal ke tak. Lepas 2 minggu masa nak buka buku pink, tiba-tiba heartbeat janin tak ada. 2) Sebelum ni saya scan setiap 2 minggu. Setiap kali scan, tengok panjang kandungan tu naik ataupun maintain je sama dengan 2 minggu lepas. Sepatutnya akan ada perubahan 0.5-1cm setiap 2 minggu untuk 1st trimester. Macam kes saya dulu 2 minggu 3 kali berturut-turut panjang janin tu macam tu je. Silap saya tak tanya doktor kenapa jadi macam tu. 3) spotting berterusan. Walaupun sikit tapi kalau lebih seminggu, saya sarankan pergi scan terus atau consult dengan doktor. Kes saya 2 kali gugur sebab spotting berterusan tu. Ada yang kata normal spotting tu, tapi berdasarkan pengalaman saya. Tak normal kalau berterusan lebih seminggu. Ni berdasarkan pengalaman saya, mungkin ada orang berbeza tak sama macam yang saya alami. Tapi pregnant kalini, memang saya akan check betul-betul perkara di atas. Say we a pun paranoid juga. Setiap kali scan tu berdoa minta janin tu selamat. Yang penting kena positive je. Bayang happy-happy je. Doa juga setiap kali pegang perut minta tuhan lindung janin tu sampai selamat dilahirkan. Semoga baik-baik sahaja untuk puan & kandungan 😊

Baca lagi
12mo ago

*saya pun paranoid. Maaf baru perasan ada typo. Saya taip ni sebelum tidur 😂