Bayi tidak membesar dalam kantung

Saya ada tengok tiktok. Ada doktor ni share tentang patient dia. Patient dia datang scan. Kantung berusia 9 minggu tapi janin dalam tu berusia 6 minggu. Doktor tu kata kandungan tu tidak menjadi dan akan gugur. Saya nak tanya ada tak ibu-ibu ada pengalaman yang sama? Apa tanda-tanda dia ya? Saya paranoid betul sebab pernah ada sejarah keguguran ni 🥺 semua benda saya risau. Btw saya sedang hamil 8 minggu, last scan pada 5 minggu dan appointment buku pink saya lagi 2 minggu. Saya nak scan banyak kali pun risau, MIL dan mak saya tak bagi saya scan banyak kali takut affect baby katanya.

17 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

1st scan xmembahayakan janin dlm rahim awak. if risau pergi ja scan. awak nak scan setiap hari pon xjadi mslh. skrg awak scan dh boleh nmpk baby dn heartbeat. jadi pergi je scan. yang bahaya kalau awak xray, tapi sekarang teknologi dh canggih. doctor akan tutup bhgian perut kita utk lindungi baby semasa xray. 2nd sy tahu awak paranoid. tapi cuba elakkan utk awak fikir. bila asyik fikir awak akan stress. stress awak boleh effect baby dlm kandungan awak. cuba fikir yg baik2, doa yg baik2. setiap kali habis solat doa minta allah lindung kandungan awak smpi bersalin. doa ibu hamil sgt mustajab❤️☺️. inn shaa allah, selagi awak tak mengalami spotting / bleeding atau sakit perut melampau kandungan awak baik2 sahaja. continue makan asid folid sampai awak buka buku pink nnt sy dn mommy dlm tap ni mendoakan semoga kandungan awak baik2 sahaja.

Baca lagi