Berat naik .

Saya 30w , hritu cekup berat naik 2 kg lebih . Kene marah dgn doc . Doc bgthu kalau naik lg , kene buat bp . Sy dah mnum air gula 2kli . 12w n 28w . Kalau berat naik lagi . Knee mnum air gula lg ke atau cek bp je ? Ritu bacaan sy alhamdulillah normal . Cuma berat sy naik bnyk . Sy cekup stiap 2mggu skli sbb hb low . 2 mggu skli berat sy naik bnyk . Doc pesan bole naik 0.5kg je . Sblm ni berat sy naik 1kg gitu je . Masuk trimester 3 . Naik byk pulak. Berat sy sebelum pregnant 36kg je .skrg 47kg . Tggi sy 159cm . Mmg tak boleh ke naik bnyk ? Sy kerap lapar . Takkn sy nk tahan lapar pulak tp biasa sy lapar sy mkn benda ringan je . Nasi pun biasa tgk mood . Kdg sy mkn tghri/malam je . Ada tips tak biar jangan berat naik sgt . Susu pun sy tak minum sgt .#firstmom #seriusnanya #bantusharing

61 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

sama la saya skarang ni saya sekarang 32wks , setiap minggu 2 kali p check bp dekat kk sebab berat naik . tapi skarang saya kurangkan makan nasi dan gula . dulu makanan semua sumbat tak kira apa dah . lepas doktor kata klau naik lagi lepas ni time appointment doktor nanti dia suruh minum air gula and jumpa pakar pemakanan terus balik kurangkan portion nasi and tak makan manis . husband pun larang saya minum air manis dah skarang . tapi kemarin p kk check bp berat turun nurse tu bising pulak berat turun hahahaha bila terang dekat dia yang saya nak bagi maintain berat bulan ni sebab takut bmi jadi tak normal baru dia faham . sebab bila kira balik dari first pregnant smpai skarang dah naik 12 kg . banyak minggu lagi nak kena hadap . kalau terlebih 16kg terus bmi tak normal dah . terpaksa ku relakan manisan pergi huhuhuhuhu

Baca lagi
9mo ago

sy tak makan manis sgt . makan nasi pun skit . lauk mcm biasa sktul ayam/ikan . syur amik mcm biasa . tp naik jgk beratnyaa 😌 sy bnyk kli knee bebel sbb underweight , hb low , tekanan drh rendah . ayoooo nasib baik tkde gdm .

Hi sis, ni maybe tak relate directly to your weight issue tapi just nak sharing in terms of makan. Saya takde GDM tapi waktu minggu ke 32, 33 gitu berat baby naik lebih dari yang sepatutnya sebab saya banyak makan carb and desserts. So doctor advise untuk kurangkan carbs dan sugar. So saya memang kurangkan carbs and sugar, but at the same time saya tukar ke brown rice and wholemeal based food. Brown rice sebab less carb than nasi biasa, kalau buat wrap pun guna wholemeal. Berat badan saya pun alhamdulillah maintain bila amalkan brown rice and wholemeal based ni. Ni sekadar cadangan tapi sis boleh rujuk doctor dan pakar semula untuk kepastian ya. Saya doakan dipermudahkan semua urusan sis sepanjang mengandung sampai bersalin, in shaa Allah aminnn 🤗

Baca lagi
9mo ago

skrg sy amik roti wholemeal je , nasi still nasi putih tp mmg sllu kurangkan nasi . tq sis .

Makan berpada2 sis. Kenaikan berat badan mmg ada risiko kena gdm dan darah tinggi thats why doc marah tu sebb concern. Sy dah bersalin dah tpi sy pun ada masalah mcm sis masa preggy dlu. Cara sy kurangkan karbo, lebihkan lauk. Lapar lagi? tambah lagi lauk. Jgn lagi tambah nasi. 😊 ikut diet suku suku separuh. Lps sy mkn begitu berat sy naik ikut bmi. Awak jgn cuba turunkan berat badan pula ya, kesian dgn baby awak tu. And pertanyaan sy, maksud awak makan ringan² tu makanan apa? biskut? roti? Kadang makanan yg awak makan walaupun ringan² tpi makan secara berlebihan boleh naikkan berat badan secara mendadak 😅 Nasihat sy, awak jumpa pakar pemakanan supaya awak lebih tahu menu apa nak makan sepanjang kehamilan.

Baca lagi
9mo ago

stakat ni sy mkn mmg tak pernah tambah nasi . sttle je makan mmg dah tu je sy mkn . tkde tambah2 . kalau lapar , sy biasa amik biskut atau sbiji buah je . berat sy dgn bmi sblm ni mmg underweight . skrg bru je normal . kalau tak slamani mmg berat pen merah je . malam pun sy mkn nasi mmg skit sgt . stakat ni mnum air gula 2 kli bacaan mmg cntik je . masa sy jumpa pakar . pakar suruh sy mkn lbih kerap memandangkan sy kurus . suruh makan buah 2 kli shri , susu 2 kli shri . tp sy mnum susu hb sy jd drop bnyk sgt . so nurse suruh sy stop susu . buah pulak sy jd kan snacking bila lapar waktu petang . mlm mmg mkn nasi skit sgt . lauk pun akn amik sktul ayam/ikan je . syur mkn mcm biasa . kalau lapar waktu mlam mmg sy tak mkn pape dah sbb sy nk mkan ubat .

Pengalaman Masa ngandung tahun lepas, sy pun naik berat setiap kali g checkup setiap bulan tu naik berat. Dari berat 47kg ke 65kg. Jenuh nak check bp 4kli seminggu. 2x minum air gula, alhamdulillah result normal. Seblum nk beranak g checkup plak, naik pulak berat kne refer doc , ulang 4x sminggu bp. Masa tu jgk ada contraction, last2 xsempat nk check bp ptg tu jgk checkin hospital.🤣 Biasanya setiap ibu 2x je minum air gula. Camne pun ats doc jgk,. Ada ibu skli je minum air gula. Biasanya check bp je la. Setiap ibu pengalaman ye berbeza2. Jgn lupa jgk jaga pemakanan spnjang mengandung. Semoga dipermudahkan segala urusan awak.

Baca lagi

Makan kena berpada pada sis. Memang lapar during pregnancy. Tapi, cuba makan suku2 separuh. The reason why you tak boleh naik berst terlampau banyak and mendadak, nnti you ada possibility kena gdm. And bila melahirkan akan ada complications. You tak boleh selfish, kena follow strict apa yg dr cakap. Apa2 jadi kat baby you nnti, menyesal kemudian hari. Cuba makan suku2 separuh tapi kerapkan makan. Kurangkan air manis. Craving manis, makan buah atau minum jus buah no sugar. Pagi/ tengahri kalau dah ambil nasi, malam kalau rasa nak makan carbs lagi, makan wholemeal bread ke. Banyakkan fiber & protein

Baca lagi
9mo ago

sy mmg jaga mkn . sy dah minum air gula 2 kli . bacaan smua okay . sy tak mnum manis mnis sgt . biasa mmg air masak je .snacking pun buah je . slama ni berat just naik 1kg je . tibe masok 30w naik bnyk . sy pun pelik sbb skrg sy mmg kurang rasa lapar . kalau lapar pun ada hari hari dia. kadang okay je . mlm biasa nk mkn pun rasa knyg . doc kata tgk next cekup macamna . kalau berat naik bnyk . kne buat bp sbb dia takut drh tggi .

Sy sebelum pregnent 56kg pastu alahan dekat 3 bulan xmkn hanya minum susu dan air kosong jer. Lepas tu buka buku berat 50 kg, next check up naik xsampai 1kg sebab masa tu masih xblh nk mkn nasi lepas masuk 24w selera mkn ada balik tu pun mkn nasi 2 kali sari seduk lebih jee kudap2 buah2an atau susu. Next check up 26w naik 4 kg terkejut kena bising dengan nurse pastu kena repeat minum air gula dengan buat Bp. Urmmmmm sy rasa normal bagi sy sebab sebelum ni berat sy dah 56kg yg time buka buku tu berat masa alahan teruk sampai turun 6kg.netah laaa malas nk pening2 just enjoy the moment. 😇

Baca lagi

saya bukak buku 47 last day pregnant 69😅masa 6 bulan pregnant masih 51 tapi lepas 6 bulan dapat nikmat makan selepas 6 bulan derita dengan alahan..so saya bedal je..3 bulan saya capai 19kg..misi buat BP je takde kene minum gula lagi pun..saya focus nak anak sihat je sebab sampai 6 bulan anak tak membesar dalam perut..saya check bp pun kat rumah then report misi by whtspp..dnt worry..as long as u takde masalah..its okay enjoy yr food but kene makan makanan berhasiat lah ye..lepas baby kelua berat saya auto jadi 47kg..i dnt knw kemana pegi berat yang saya usaha naikkan tu😅

Baca lagi

banyak juga naik tu 11kg .. skrg brapa week ye?? sy sepanjang kehamilan ni cuba control.. sebab first prgnancy dlu mcm sis juga. naik banyak. tapi tak ada gdm, hb cantik. kali ni sy control makan untuk second pregnancy ni tiba sangkut gdm. gdm on diet . lepas 6 minggu bersalin kena minum air gula lagi 😮‍💨 hb pun tak brapa nak lawa yg second ni. taktau lah kenapa.. skrg dh 9 bulan.. sepanjang prgnancy ni cuma gain 4.1kg je .. p/s sy kategori obese tinggi 143 shaja.

Baca lagi
9mo ago

betul , sama laa sy tak mkn buah hb drop . bila mkn naik laa skit dri 9 8 .

Banyak gila awak naik , berisiko sebab tu dokter marah n kena check bp . Saya yang naik 3kg pun kena marah n mmg buat check up daily bp . Tapi rasanya tak kena minum dah air gula . Maybe lepas bersalin kena . Bahaya berat naik banyak mendadak . Risiko sawan memgandung . Awak boleh try nutri grains , ibu mengandung boleh makan n bagi kenyang jugak . Boleh beli di watson . Saya pun kerap lapar makan ni oke sikit

Baca lagi
9mo ago

sbb sy underweight . tiap kli sy jumpa pakar . dorang akn bebel jgk sbb sy pregnant + underweight , 2mggu skli biasa nya naik 1kg gitu . berat mmg sllu pen merah . bila berat sy tiap mggu naik 1 kg lbh nurse masih kata ok sbb sy kurang berat bdn .. bila 30w naik 2.4kg 2 mggu gitu , doc bising . pdhal sy dah jaga makan . harap awal dpn berat naik tak bnyk la.

mesti awak takde alahan kan 🤭 saya pun mcm awk jgk, berat naik mdadakk, Masa kawen 52, skrg 59kg 19w+ bru 🥴 klau naik berat mdadak, kena cek BP selang sehari Dan cek urine sbb melalui tu boleh detect eclampsia. sbb tu misi dktor marah wak. tp setakat ni dorg mtk control makan je. mkn mlm seelokknya elakkan lah.. mkn mlm la cpt naik berat. mlm awk snacking ringan2 je, mkn pistachio ke.. cranberry kering ke..

Baca lagi
9mo ago

sy alahan masa awal pregnant je . tu pun berat turun . nurse kata underweight sgt . skrg bru normal cuma tu laaaaa dia naik byk 🤣 mlm mmg kurang makan . amik nasi pun sikit sgt .