Caesarian Section vs Vaginal Delivery - Dr. Sakinah Sulong

Sangat penting untuk ibu-ibu mendengar nasihat doktor yang bertauliah. Bukan semua wanita yang bersalin melalui Caesarian Section akan diberi peluang untuk mencuba Vaginal Delivery (VBAC). Walaupun majoriti ibu (lebih kurang 80%) yang akan berjaya VBAC iaitu bersalin menerusi vagina selepas kelahiran Caesarian, terdapat beberapa keadaan di mana doktor akan menasihatkan ibu-ibu untuk menjalani pembedahan Caesarian juga. Salah satu keadaannya ialah bila ibu tersebut bersalin Caesarian secara pramatang, di mana incision classical dilakukan. Dalam hal ini, rahim akan dipotong secara menegak, bukannya secara melintang di bahagian bawah rahim, sepertimana biasa. Insisi (luka) sebegini mempunyai risiko untuk rahim pecah (uterine rupture) yang lebih tinggi berbanding luka LSCS (2% vs 0.7%). Dan didapati risiko untuk rahim pecah boleh berlaku walaupun proses kelahiran belum bermula. Atas sebab ini, doktor yang melakukan pembedahan tersebut akan mengingatkan ibu agar memilih Caesarian section untuk kelahiran seterusnya dan pembedahan ini lazimnya dijadualkan dari 36 hingga 38 minggu usia kandungan. Pernah berlaku, seorang ibu yang telah menjalani Caesarian section secara classical incision, tidak memberitahu kepada doktor antenatal beliau seterusnya, menyebabkan masalah ini tidak diketahui. Rekod terdahulunya, dikatakan hilang. Kaunseling diberikan dan beliau memilih untuk mencuba kelahiran vagina. Namun, Kelahiran bayinya berakhir dengan rahim pecah yang menyebabkan rahimnya terpaksa dibuang untuk menyelamatkan nyawanya. Bayinya juga tidak dapat diselamatkan. Tiada doktor yang bertugas di klinik kesihatan atau di hospital akan memberi nasihat suka-suka. Setiap nasihat yang diberikan mempunyai kepentingan untuk memastikan ibu dan bayi selamat. Telah banyak pengalaman yang kami lihat, bila ibu merahsiakan maklumat penting atau memilih untuk 'membuang' nasihat doktor, berakhir dengan kemudharatan. Buat masa sekarang, saya ada seorang ibu yang mempunyai masalah ini. Alhamdulillah, beliau telah dijadualkan untuk menjalani pembedahan Caesarian tidak lama lagi. Tambahan dengan masalah darah tinggi beliau yang susah dikawal, saya doakan kelahiran beliau berakhir dengan selamat, inshaAllah. #Membebelsayang

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

👍👍