6 minggu
Salam....nk tnya ni 1st pregnancy sy...td scan doktor ckp 6mnggu tpi baby xnampak lg...tu normal ke?biase brpe mnggu dh boleh nmpk baby?td doktor cakap biase ada yg dah blh nampak kalau 6mnggu...tpi die suruh scan lagi bulan depan .....harap2 semua ok...
Nota from Dr Imelda.. ■■ Semalam saya tunjuk kepada anda semua kehamilan yang hampir 12 minggu, dimana kantungnya sudah besar tetapi kosong tiada janin, iaitu anembryonic pregnancy atau blighted ovum. Kali ini, saya nak tunjuk gambar kehamilan dimana wanita hamil ini baru saja perasan haidnya beberapa hari lambat, dan baru saja buat urine pregnancy test. Wanita ini tersangat gembira sebab pregnancy testnya positive, selepas mencuba untuk hamil beberapa tahun, dan terus datang ke klinik minta scan. Doktor muda yang bertugas tu pun buatlah scan, dan kemudian rujuk kepada saya sebab kantung itu kosong. Lihatlah perbezaannya saiz kantung kosong dalam gambar semalam (hampir 12 minggu) dan saiz kantung kosong saya tunjuk di sini (usia kehamilan belum sampai 5 minggu dari tarikh haid terakhir). Soalan saya yang pertama kepada doktor muda ni: Hang pi buat scan awai-awai sangat pasai apa????? 1) Adakah wanita ini mengadu ada pendarahan semasa hamil? Tidak. 2) Adakah wanita ini mengadu ada kesakitan di bahagian abdomen atau abdominal pain? Tidak. 3) Adakah wanita ini pernah mendapat kehamilan di luar rahim atau ectopic pregnancy dimana risikonya berulang lebih tinggi? Tidak. 4) Adakah wanita ini terhamil walaupun ada alat merancang keluarga di dalam rahim iaitu IUCD? Tidak. 5) Adakah wanita ini terhamil walaupun pernah diikat iaitu pernah mendapat BTL dan sekarang ada risiko mendapat kehamilan di luar rahim atau ectopic pregnancy? Tidak. Kita ada garispanduan. Jika kantung itu masih kecil dan tiada janin, ini sebab kehamilannya yang belum lagi mencapai 5-6 minggu. Tunggu dulu dan scan semula lagi 2 minggu, dan lihat sudah ada janin atau tidak? Jangan kata ini anembryonic pregnancy atau blighted ovum sehingga lagi 2 minggu jika masih lagi tiada janin. Kadang-kadang wanita itu yang tidak ingat tarikh haidnya yang terakhir dan sangka sudah 6 minggu tetapi dia tersilap. Kadang-kadang wanita itu haidnya tidak teratur, maka ovulasi serta persenyawaan berlaku lebih lambat dari dijangka maka dia sangka sudah 6 minggu tetapi sebenarnya baru 4 minggu. Sebab itulah saya selalu bagi nasihat, jangan gatai sangat tergedik-gedik nak minta scan awal tanpa sebab. Bila jumpa kantung kosong nanti bimbang tak boleh tidur sampai 2 minggu. Tak pasai-pasai saja bagi diri sendiri STRESS. Jika wanita ini berjumpa saya dulu, saya tidak akan scan tanpa sebab dan suruh dia pulang ke rumah. Inilah cara mengelak stress kepada wanita kita. Doktor muda tu pun belajar dari pengalaman ini dan belajar bahawa kita boleh menolak permintaan pesakit itu untuk kebaikan pesakit, dan beri penjelasan. Ingat tau hangpa semua, toksah laaa tergedik-gedik sangat nak mai mintak scan awal-awal tanpa sebab. Tunggu dulu naaaa. Confirmation of a pregnancy is when you have missed a period and have a positive urine pregnancy test. That is how we confirm a pregnancy. Not by ultrasound scan. ■■Tq Dr Imelda.. #HealthIsWealth
Baca lagiSebab tu di nasihatkan utk tidak scan terlalu awal. Nanti ibu2 khuatir mcm ni la sbb scan x nampak apa2. Seeloknya 8w ke atas. Kecuali ibu2 ada kes tertentu. Contoh ada sejarah keguguran, cyst, fibroid dsb. Itu mmg di galakkan scan awal..
Sy dah 3x mengandung tapi semuanya gugur yg terbaru skrg ni sy mengandung kembar tapi 1 dah gugur ada lg 1 doktor ckp missed miscarriage. Skrg baru masuk 8 minggu. Doktor bg lg 2 minggu utk tgk yg lg 1 ni mcmana.
Normal. Sy scan 6 weeks nampak kantung. 8 weeks nampak baby tp kecik n heartbeat xdak. P scan pakar hari y sama, nampak heartbeat. Siap bukak sound bg kita dengar.
Normal... Sy scan 5 mgu xnmpk ape2...7 mgu just nmpk kntung dgn heartbeat yg sgt2 kecik mcm mata pen tu... Mse tu rsau jgk tp 9 mgu scan lg bru nmpk baby😅
Sy haritu pun 7w nampak small dot je. 10w scan lagi sekali baru nampak. Setiap org berbeza2 sis.. Ada yg cepat, ada yg lambat..
Saya 6 week pun tak nampak apa. 8 week baru nampak kantung & heartbeat. Fikir & doa yang elok elok. Positif je sis. Baby sihat je tu 😊
Oh normal tu. Mmg akn nmpk/dgr heart beat je. 10 weeks boleh nmpk bentuk manusia sis. Nmpk kepala, bdn, tgn & kaki. Comel sgt sis.
Normal je sis. Masa saya scan 6weeks pun nampak kantung je. Tunggu 7-8weeks nanti nampaklah. Semoga dipermudahkan urusan ye sis.
Saya baru scan tadi. Sya 6weeks da. Da nmpk kantung dan heartbeat...xpe sis..nnt 7 -8weeks bole nmpk..😊😊😊
Preggers