Buntu... parents atau isteri?

Salam... sy nak tanya apa pendapat mommies semua kalau husband asyik nak bersama dgn parents dia? Kami duduk serumah dan kalau pergi makan luar mesti bawak parents dia sekali. Tapi smlm sy baru arrange dinner valentine dgn husband, boleh husband sy suruh book lagi satu table untuk parents dia? Allahu. Takkan nak gi romantic2 bawak mak ayah dia. Tolong beri pendapat 😢 Sy yg terasa melebih atau tak ya.

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

x bestnye tu. tp kalau sekali sekala ok kot.sy sndiri ada ank insyaAllah dah tua nnt bila ank2 dah brumahtngga sy xnk jd ibu bapa yg kacau daun...i mean ank2 prlu privacy jg kan...n make sure jgn tinggal serumah bila dah kahwin...dah kahwin pandai2la tggl rumah sndiri.

bincang la elok² dgn suami sis..luahkan apa sis rasa...xsalah pun 😊 give n take bila da jd suami isteri ni...sbb mak syurga dia..tp suami syurga sis 🤗

4y ago

ehh.. kalau dah dating pun nak bawak mak salah lah tu.. keharmonian rumah tangga tu pun tggjwb suami kan?