Fetus tak membesar

Salam semua, posting ni bukan untuk down ke mana2 ibu yang ada resah dalam pregnancy hanya berkongsi dan luahan saya. Hari ini saya buka buku sebab kandungan dah masuk 9 weeks.. tapi buat kali ke dua nya saya pregnant tapi masih tidak confident dengan kandungan saya. Ia nya kali ke-2 saya pregnant dan yang pertama saya mengalami silent miscarriage dan juga ada spotting sepanjang 8 minggu tapi tak ada rezeki ia hanya membsar sampai 6 minggu. Disebabkan ini saya cuba kawal emosi dan stress saya untuk kali ke-2 ni tapi di hari scan saya sangat resah dan ia nya terjadi lagi bila saya tengok cuma ada kantung yang membesar sampai 6 minggu, sepatut nya dah 9 minggu. Sangat2 down lagi down dari yang pertama kali sebab saya rasa mcm tak ada harapan, saya faham ini semua ketentuan-Nya tapi harini memang saya nak let go smua dan harap esok saya kembali kuat. Dr suruh tunggu lagi sebulan tapi instinct saya kuat rasa mcm my first pregnancy. Saya tau ada org lagi mcm2 mengalaminya ada yang dh lebih beberapa kali silent miscarriage and I need to be strong line those women cuba buat masa sekarang saya rasa penat sangat dgn nak harungi process2 miscarriage. Gap saya dgn first pregnancy dlm masa 7 bulan and masa tu i really took a break and nak happy2 dgn husband. Saya just sedih sebab saya tengok org lain happy with pregnancy but to me pregnancy fear me. Sekarang saya kene kuat untuk redha and hope for support

18 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

waalaikumsalam,saya pernah laluinya 2x jarak keguguran yg pertama dan kehamilan ke2 tu 3bulan,yg ke2 pon gugur juga stop pada minggu ke 6 juga, rupanya tekanan darah saya tinggi,detect ada darah tinggi terus on ubat darah tinggi , alhamdulillah 4 bln selepas tu saya pregnant semula ,sekarang dah 24w masih on ubat darah tinggi...

Baca lagi

Sis ada makan folic acid tak? Kalau nak pregnant jangan skip folic acid dan jaga makan. Stop makan fast food. Dan amalkan jus pati delima. Saya pun pernah keguguran.lpas gugur terus saya jaga makan. Sekarang dah masuk 8bulan . Insya Allah ada rezeki sis nak dapatkan anak.jangan stop berdoa ya sis🥰

TapFluencer

Wanita dgn naluri memang kuat, dan kita kena ingat Allah Maha Kuat atas segalanya. Reda dgn apa jua kemungkinan berlaku, direzkikan kandungan OK, syukur, belum direzkikan kandungan OK pun syukur. Saya tertanya, rekod kesihatan secara menyeluruh puan dan suami sebelum hamil, OK?

10mo ago

Begitu juga pemakanan dan Gaya hidup sihat. Elakkan stress.

semoga yang baik baik sahaja, dan Insya-Allah akan ada yang lebih baik selepas ini. ✨ saya tak pernah mengalami, tapi saya ada sahabat, kakak dan makcik yang masih dalam TTC. pernah juga beberapa kali mereka keguguran. you guys are strong, and you're not alone tau. 💗

jgn ptus asa sis.insyaAallhnade rzki sis nti.mcm sy nk dpt ank no.2 sy ggur 5kli.smue kntung kosong.ggur diusia 5-9week.n alhamdulillah berkat kesabaran n xputus asa sy prgnent lg n skrg tgh tgu hari nk bsalin.sy doakn ade.rzki sis.nti.

sempat nampak heartbeat tak? kalau sempat next time pregnant scan awal masa 5-6 minggu, dah detect heartbeat boleh start ubat aspirin untuk aliran darah lebih baik ke baby. cuba discuss dgn Dr nanti.

Doa Allah bagi rezeki terbaik untuk kita.. semua hak Allah. Pegang betul2 ni. tak ada kat dunia ni milik kita.. doa,sabar, syukur.

semoga dipermudahkan segala urusan sis didunia&akhirat💕.. allahumma aamiin yaa mujib