Nak buka buku pink, tapi baby tiada heartbeat.. Miscarriage 10weeks, second pregnancy.
Hai assalammualaikum. Harini supposedly saya buka buku pink, sebab kandungan dah 10 weeks. Doc ambil details, berat dan tinggi. Bila doc scan, baby dah takda heartbeat. Saya speechless, sebab masa scan 7 weeks baby dah ada heartbeat, nampak kelip2 jantung masa scan. Masetu dah taktahan dah memang menangis masetu jugak, cuba kawal emosi tapi sebab 2nd time miscarriage, saya rasa down. Then, doc buat surat rujuk emergency terus. Sebab kandungan takda growth, last 7 weeks. Meaning 3 weeks baby dah takd 😢. Sepanjang 3 weeks takd spotting/ bleeding cramps or apa2. Sebab tu saya terkejut bila takd heartbeat. Semuanya baik2 saja. Btw gap kehamilan kedua ni, 3 bulan selepas miscarriage yang pertama. Saya jaga betul2 kandungan kalini, dari segi makan, pergerakan saya bataskan, saya juga ambil folid acid dan ubat kuat rahim sebab ad spotting. tapi kalau bukan rezeki lagi. Saya redha. Saya dah refer hospital, sekarang tunggu janin jatuh sendiri, and follow up hospital rabu ni.. Btw 1st miscarriage saya d&c. Hopefully kalini boleh jatuh sendiri.. P/s pregnancy kedua ni saya takda alahan teruk, tak muntah langsung, cuma pening, loya, penat and 2x spotting. And saya tak stress. Alhamdulillah baik2 saja. Ada mommies yang pernah alami macam saya ? Boleh share action untuk pregnancy berikutnya ? Saya plan untuk consult pakar sebelum pregnancy seterusnyaa.. and yes saya perlukan gap untuk mengandung lagi maybe 6m atau lebih.. Trauma rasa.. Sekadar sharing.. Doakan saya untuk kehamilan seterusnya dengan berjaya dan selamat.. moga doanya berbalik pada kalian 💖🥰