Puasa 37 minggu

Salam semua. Kandungan saya skrg 37 minggu 2 hari, awal2 bulan puasa saya ada cuba untuk berpuasa tapi pergerakan baby jdi tak aktif mcm biasa dan saya risau jdi saya berbuka. Doctor pun tak galakkan saya berpuasa. Skrg ni mak mertua saya marahkan suami saya dan saya kerana saya tak berpuasa 😱. Suami saya bgtau doctor tak galakkan saya berpuasa tapi mak mertua saya ckp doctor bukan tahu apa2.. sedihnya saya bila dgr mcm tu. Sampai kan mak mertua saya tak bg kami balik ke kg utk berpuasa sama.

15 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sedangkan hadis yang ada mengatakan jika boleh memberi mudarat pada ibu atau kandungan, maka harus untuk tak berpuasa. Lagi pulak disahkan oleh doktor yang mmg pakar dlm bidangnya tentang keadaan kesihatan awak. Tentang hukum puasa dalam islam, boleh rujuk video ustaz azhar idrus & link dibawah utk bagi kat mak mertua. Apa apa kita rujuk pada orang yg pakar dalam bidang masing masing. Cakap kat mak mertua, ada sebab diorang tu ada title ‘doktor’ atau ‘ustaz’. Dah nak hujung due ni kena jaga emosi yaa. Kuatkan semangat dan minta support suami untuk bgtahu pada mak mertua. https://youtu.be/dJxgjYR2jjk https://akuislam.com/blog/fiqh/puasa-bagi-ibu-hamil-menyusu/

Baca lagi